Mohd Adzlan Mat Sidek
Najib Selesai Buat Laporan SPRM Terhadap Tim Leissner
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas selesai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pengurus kanan, Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan kes 1MDB ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2021.
Azmin Ali Ramah Mesra Dengan Penduduk Melaka
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri) bersama Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tengah) beramah mesra selepas sarapan pagi bersama penduduk setempat di Kedai Sayang, Pekan Lubuk China, Masjid Tanah, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 24 OKTOBER 2021.
Hujan Lebat Landa Kuala Lumpur #DailyLife
Lelaki berkerusi roda meredah hujan berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa peralihan monsun bermula hujung September hingga pertengahan atau hujung Oktober ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 OKTOBER 2021.
Rani Kulup Lancar Kipidap Fried Chicken
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menunjukkan kedai Kipidap Fried Chicken ketika di Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 OKTOBER 2021.
Menteri Sumber Manusia Lawat 5 Beradik Yatim Piatu Akibat Covid-19 #PERKESO
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan (tengah) bersama Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed (kiri) menyampaikan sumbangan kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan Covid-19 pada 11 Ogos lalu di rumahnya di Kota Perdana, Seri Kembangan. Foto MOHD ADZLAN, 23 OKTOBER 2021.
Kenderaan Bertambah di Lebuhraya PLUS Menghala Selatan
Aliran trafik Tol Sungai Besi menghala ke Seremban menunjukkan peningkatan bilangan kenderaan selepas kerajaan membenarkan orang ramai merentas negeri yang berkuatkuasa pada 11 Oktober ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 11 OKTOBER 2021.
Gelagat Pengunjung ‘Beraksi’ Semula di Taman Tema i-City
Orang ramai meluangkan masa bermain permainan air bersama keluarga pada cuti hujung minggu berikutan Taman Tema Air i-City dibuka semula dalam tempoh fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 09 OKTOBER 2021.
Fenomena Air Pasang Besar di Kampung Bagan Hailam
Penduduk kampung melihat kawasan perumahannya dinaiki air berikutan fenomena air laut pasang besar yang mencecah paras 5.6 meter dan diramal berlaku pada 8 Oktober hingga 9 Oktober 2021 di pesisir pantai Negeri Selangor sekitar jam 6.30 pagi hingga 7.40 pagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 09 OKTOBER 2021.
Suasana Malam i-City Dipenuhi Pengunjung #FasaTiga
Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga di taman tema i-City selepas kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengoperasian taman tema rekreasi dan keluarga di Negeri Selangor dalam fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 OKTOBER 2021.
Reaksi Mangsa Langgar Lari Sedar Dari Koma Selepas 78 Hari
Kesan tempurung kepala Ahmad Izdihar Haikal Mohd Nasir, 18 yang terpaksa dikeluarkan selepas terlibat dalam kejadian dilanggar lari pada 28 April lalu kini hanya terlantar dirumahnya dan mula sedar dari koma setelah 78 hari di Taman Kencana, Pandan Indah, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 OKTOBER 2021.

















