Thursday, March 6, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1347 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

PKP 2.0 – River of Life

Kawasan di sekitar River of Life di Kuala Lumpur pada waktu malam yang memancarkan cahaya berwarna biru menjadi lengang akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Foto MOHD ADZLAN, 26 JANUARI 2021.

Bakul Tali Jadi Penghubung Penghantar Makanan

Akibat terlalu sibuk dengan tugasan, seorang penghuni asrama mengambil bungkusan makanan daripada penghantar makanan Food Panda menggunakan bakul tali dari tingkap penginapannya di Alami Residensi, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JANUARI 2021.

MAPIM Terima Bantuan Kemanusiaan Krisis Covid-19

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr. Ahmad Sani Araby Al-Kahery (dua kanan) bersama Pendakwah Bebas, Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi (tiga kiri) bergambar bersama barangan bantuan yang diterima dalam Penyerahan Barangan Keperluan Bagi Misi Ummah Bantu Ummah – Misi Bantuan Kemanusiaan Krisis COVID-19 MAPIM Malaysia di Ummah Central Warehouse, MAPIM, Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JANUARI 2021.

Perniagaan Terjejas, Pasangan Suami Isteri Tutup Kedai Sepenuhnya

Pemilik kedai makan, Ahmad Syafiq Ahmad Razali, 31 (kiri) bersama isterinya, Elvyana, 29, terpaksa menutup kedainya akibat tidak mampu menampung kerugian setelah kekurangan pelanggan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 JANUARI 2021.

Aktiviti Penghuni Setinggan di Kampung Pantai Dalam #PKP

Suasana kawasan setinggan penduduk di sekitar Kampung Pantai Dalam yang menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk membendung gejala wabak COVID-19. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2021.

Suasana Orang Ramai Beratur Panjang Terima BPN 2.0

Warga emas beratur panjang mengikut pematuhan penjarakan sosial untuk membuat tuntutan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang bakal dilakukan secara berperingkat mulai 21 Januari di Bank Simpanan Nasional (BSN) Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2021.

PKP 2.0 – Papan Selaju

Bagi mengisi masa terluang seorang remaja Fakir Aiman, 19, bermain papan selaju semasa keadaan lengang pada waktu malam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 JANUARI 2021.

Wajah-Wajah Pelajar SPM pada Hari Pertama Kembali ke Sekolah

Pelajar sekolah tingkatan lima memakai pelitup muka hadir bagi menjalani sesi persekolahan pada hari pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 JANUARI 2021

Sidang Media Kejayaan Polis Berkas Geng Elango Magna

Anggota polis menunjukkan cara suspek mencuri kenderaan menggunakan gunting selepas sidang media mengenai kejayaan menumpaskan Geng Elango Magna curi kenderaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Foto MOHD ADZLAN, 19 JANUARI 2021.

Gerabak Tren LRT Lengang Ketika PKP

Keadaan LRT yang berkurangan penumpang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekitar Stesen LRT Putra, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 18 JANUARI 2021.