Mohd Adzlan Mat Sidek
Polis Pantau Pematuhan SOP Orang Ramai Pada Waktu Malam #FasaDuaPPN
Anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju memeriksa Mysejahtera peniaga dan meminta untuk bersurai ketika operasi pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersempena Cuti Umum sambutan Hari Malaysia di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2021.
Jalinan Kasih Kami Prihatin Santuni Anak Yatim Kehilangan Ibu Bapa Akibat...
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Maimunah Mustaffa menyantuni murid-murid yang kehilangan ibu dan bapa akibat COVID selepas selesai Program Jalinan Kasih Kami Prihatin ketika di Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2021.
Penjual Bakul Rotan #DailyLife
Peniaga, Aranyan Unkee, 61 menyusun bakul rotan yang dibawa menggunakan lori untuk dijual kepada peminat barangan kraftangan perhiasan rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jelutong, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2021.
Disinfeksi Panggung Wayang TGV #DailyLife
Pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan selepas kerajaan membenarkan pembukaan semula operasi panggung wayang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di TGV Cinema Central I-City, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 14 SEPTEMBER 2021.
Penggiat Industri Kreatif ‘Beraksi’ Semula
Pengarah, Harris Fadzilla memberi arahan kepada pelakon semasa membuat penggambaran drama selepas kerajaan membenarkan industri kreatif untuk beroperasi dalam fasa 2 Pelan Pemulihan Negera (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 35, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2021.
Penduduk Bantah Pembangunan Komersil di Padang Berkeley
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan bersama penduduk taman bersorak membantah cadangan pembinaan 100 parking kereta dan gelanggang futsal di padang Berkeley ketika di Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2021.
Aksi Perlawanan Selangor Dikejutkan PJ City 1 – 2 #LigaSuper
Pemain PJ City, Mohd Khyril Muhymeen meraikan jaringan beliau bersama rakan pasukan ketika menentang Selangor FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Annuar Musa Serah Bantuan Makanan Rumah Prihatin
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan bantuan kepada penerima semasa Program Penyerahan Bantuan Makanan Rumah Prihatin kepada golongan memerlukan di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Pantai Remis Meriah Ketika Cuti Hujung Minggu #FasaDua
Orang ramai meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Remis, Kuala Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.
Rimba Komuniti Lokasi Buat Pencinta Alam Hijau #FasaDua
Orang awam meluangkan masa melakukan aktiviti riadah di Tasik Cermin dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Dua ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rimba Komuniti Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 SEPTEMBER 2021.

















