Mohd Adzlan Mat Sidek
Kumpulan Jenayah Terancang ‘Geng Nicky’ Dilepas Tanpa Dibebas di Mahkamah
Sebahagian daripada 14 ahli Geng Nicky dilepaskan tanpa dibebaskan selepas pihak pendakwaan memohon menarik semula pertuduhan sehingga siasatan lanjut berikutan kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram ketika di Mahkamah Tinggi, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 SEPTEMBER 2021.
Kaum Tionghua Ceburi Permainan Wau Tradisional
Penduduk, Tan Chin Seong, 36 (kanan) mengisi masa lapang bersama rakan-rakannya dengan bermain wau buatan sendiri yang merupakan permainan tradisional dalam kalangan orang melayu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2021.
Masitah Lafaz Pengisytiharan Taubat (Istitabah)
Seorang wanita yang mendakwa dirinya ketua ajaran kepada Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dikenali sebagai Sittah Annur, 39 melakukan lafaz Pengisytiharan Taubat (Istitabah) sambil disaksikan oleh empat orang saksi ketika di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2021.
Piala Malaysia : Kuala Lumpur City FC Tewaskan Sri Pahang FC...
Pemain Kuala Lumpur City FC, Giancarlo mengasak pemain Sri Pahang FC, Herold Mark pada perlawanan TM Piala Malaysia 2021 peringkat kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2021.
Sungai Chandong Tercemar Dipenuhi Sampah
Sungai Chandong yang tercemar menyebabkan kunci air dipenuhi longgokan sampah sepanjang 1km ketika di Pulau Indah, Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2021.
Warga Kota Serbu Pantai Bagan Lalang #FasaDua
Orang ramai meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah dan perkhemahan selepas kerajaan membenarkan aktiviti tersebut dalam tempoh Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2021.
Pemandangan Waktu Senja Sebelum Fasa Peralihan Monsun
Pemandangan suasana matahari terbenam di ibu kota selepas hujan berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa peralihan monsun bermula jumaat ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2021.
Pemandu Lawan Arus Sebabkan Dua Kematian Didakwa di Mahkamah
Suspek pemandu Mitsubishi positif ganja yang melawan arus akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dalam siasatan berhubung kemalangan menyebabkan kematian dua individu di Lebuhraya Persekutuan ketika dibawa oleh anggota polis di Mahkamah Majisret, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2021.
Solat Jumaat di Masjid Negara #FasaDua
Orang ramai menunaikan solat Jumaat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas kerajaan membenarkan hanya 500 jemaah sahaja dalam tempoh Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2021
Anwar Ibrahim ‘Flag Off’ Jentera Peduli Nadi Rakyat
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melakukan gimik pelepasan jentera peduli nadi rakyat ketika di bu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2021.

















