Tuesday, March 11, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1351 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

PKP 2.0 – Papan Selaju

Bagi mengisi masa terluang seorang remaja Fakir Aiman, 19, bermain papan selaju semasa keadaan lengang pada waktu malam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi membendung penularan wabak Covid-19 di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 JANUARI 2021.

Wajah-Wajah Pelajar SPM pada Hari Pertama Kembali ke Sekolah

Pelajar sekolah tingkatan lima memakai pelitup muka hadir bagi menjalani sesi persekolahan pada hari pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 JANUARI 2021

Sidang Media Kejayaan Polis Berkas Geng Elango Magna

Anggota polis menunjukkan cara suspek mencuri kenderaan menggunakan gunting selepas sidang media mengenai kejayaan menumpaskan Geng Elango Magna curi kenderaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Foto MOHD ADZLAN, 19 JANUARI 2021.

Gerabak Tren LRT Lengang Ketika PKP

Keadaan LRT yang berkurangan penumpang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekitar Stesen LRT Putra, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 18 JANUARI 2021.

Gelandangan Tengah Malam di Kuala Lumpur

Gelagat gelandangan di tengah ibu kota ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2021.

Lambaian ‘Sayu’ Pesakit Covid-19 Disebalik Cermin di MAEPS

Pesakit Covid-19 hanya mampu melambai dalam bilik kuarantin yang disediakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2021.

Petugas Barisan Hadapan Siap Sedia Terima Pesakit Covid-19 Baharu

Seorang pekerja melakukan persiapan bagi kemasukan pesakit Covid-19 yang baharu dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2021.

Menteri Kesihatan Tinjau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Tambahan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) membuat tinjauan ke bilik-bilik yang akan menempatkan pesakit COVID-19 yang baharu ketika sesi lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 16 JANUARI 2021.

PKP 2.0 – Terima Kasih Petugas Barisan Hadapan

Menara DBKL dinyalakan lampu biru LED sebagai tanda solidariti penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berkorban berjuang melawan pandemik Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2021.

Musibah Banjir di Pahang

Mangsa banjir, Sidek Matyazit, 66 (kanan) bersama isterinya Hamizan Muhammad Fiah, 64, dan cucunya Nurkhalisah Adawiah, 10, megambil keputusan untuk tinggal di bawah khemah berhampiran rumahnya yang telah dinaiki air ketika di Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. foto MOHD ADZLAN, 13 JANUARI 2021.