Tuesday, September 15, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1580 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Semangat Kemerdekaan Anak-Anak Kampung Haji Durani #31Ogos

Kanak-kanak dari Kampung Haji Durani Sungai Besar bermain bersama sambil mengibarkan jalur gemilang di sekitar kampungnya bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Semangat MERDEKA64 Pangsapuri Seri Perantau #JalurGemilang

Penduduk Pangsapuri Seri Perantau bergotong-royong menghias blok kediaman dengan jalur gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Port Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Nelayan Pantai di Pulau Carey #DailyLife

Penduduk, Isa Mohd Nor, 52, melakukan aktiviti menangkap hasil laut dengan menggunakan jaring semasa pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan membenarkan sektor berkenaan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pulau Carey, Banting, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2021.

Skrin LED Jalur Gemilang #Merdeka64

Skrin LED memaparkan memaparkan kibaran jalur gemilang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 OGOS 2021.

Jalur Gemilang Gergasi #BulanKemerdekaan

Bendera jalur gemilang dipasang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan ke-64 yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2021.

Pembukaan Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor

Ketibaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Negeri Selangor yang Ke-14 Tahun 2021 di Bangunan Dewan Negeri Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2021.

Gelagat Si Kecil Peragakan Baju Jalur Gemilang #Merdeka64

Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Muda, Ahmad Njeh Syauqi, 11 bersama adiknya Naa'ilah Sofiyyah, 5 (kiri) dari tadika Smart Reader memperagakan busana pakaian bertemakan jalur gemilang sempena Hari Kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2021.

Rakyat Ikuti Ucapan Sulung PM Ke 9 “Keluarga Malaysia”

Peniaga menonton siaran langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui televisyen ketika di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2021.

Taman Tugu Negara Jadi Tumpuan Beriadah Ketika Fasa 1 PPN

Orang ramai meluangkan masa dengan beriadah bersama keluarga selepas aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal serta bukan berkumpulan mula dibenarkan bagi negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2021.

PDRM Sekat dan Kawal Laluan Menghala Dataran Merdeka

Anggota Polis mengawal setiap jalan berhampiran Dataran Merdeka berikutan bagi mengelakkan segelintir orang awam berhimpun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 OGOS 2021.