Mohd Adzlan Mat Sidek
Suasana Kecoh Konvensyen Khas Pemuda UMNO
Gelagat pemuda UMNO menjerit selepas cadangan supaya BN meninggalkan kerajaan perpaduan disokong pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia “Hala Tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan" di WTCKL, Kuala Lumpur. MOHD ADZLAN, 03 JANUARI 2026.
Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh bermesra dengan yang lain pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO Malaysia “Hala Tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan" di WTCKL, Kuala Lumpur. MOHD ADZLAN, 03 JANUARI 2026.
Pelancong Disambut Meriah Sempena TMM2026
Pelancong kelihatan gembira sebaik tiba ketika disambut meriah sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 JANUARI 2026.
Panjat Batu Gua Damai
Penggemar sukan lasak melakukan aktiviti mendaki dinding batu (Rock Climbing) di Taman Ekstrem Gua Damai dengan harga bayaran sebanyak RM160 untuk tiga jam sempena cuti persekolahan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Batu Caves, Gombak, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Bas Lama Jadi Nadi Hidup Mohd Said
Pemandu Bas, Mohd Said Agya, 60 telah berkhidmat sejak 1991 memandu bas di laluan Penampang–Kota Kinabalu masih gigih bekerja demi menyara keluarga ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar bandar Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 31 DISEMBER 2025.
Najib Ceria Hadir Dengar Keputusan Titah Adendum
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi mendengar keputusan berhubung kesahihan serta pelaksanaan Titah Adendum untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 22 DISEMBER 2025.
Solat Hajat, Doa Selamat Untuk Najib
Lebih 100 orang penyokong menunaikan solat hajat dan doa selamat bagi keputusan titah adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan penjara beliau di rumah ketika di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 DISEMBER 2025.
Bangunan Warisan Ikonik SERI NEGARA
Bangunan warisan ikonik Seri Negara yang berusia lebih 112 tahun pernah menjadi saksi pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 selesai dibaik pulih ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette selepas Penyempurnaan Pemuliharaan Seri Negara di Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 DISEMBER 2025.
Suasana Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang mencuba aset ketenteraan yang dipamerkan pada Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 07 DISEMBER 2025.
Shamsul, Albert Didakwa Pertuduhan Rasuah di Mahkamah Shah Alam
Ahli perniagaan, Albert Tei didakwa di atas pertuduhan rasuah ketika di Mahkamah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 05 DISEMBER 2025.

















