Sunday, September 13, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1578 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Panglima Angkatan Tentera ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT) ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman pada Majlis Pelantikan Panglima Angkatan Tentera ke-24 di MINDEF, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 FEBRUARI 2026.

Menteri Pengangkutan Pantau Pelaksanaan ‘Green Lane’ di KLIA

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berbual dengan pengguna ketika melakukan lawatan pelaksanaan ‘Green Lane’ yang merupakan inisiatif khas atau laluan pantas yang dikaji semula Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di KLIA Terminal 1, Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 26 JANUARI 2026.

Sidang Media AKPS Tumpaskan Seludup Babi Sejuk Beku

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bersama Komander Kawalan Pintu Masuk Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal (kiri) melihat rampasan daging babi sejuk beku yang tidak mempunyai permit import MAQIS dengan anggaran nilai rampasan lebih RM1.15 juta ketika di Pelabuhan Barat, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 22 JANUARI 2026.

Trofi Piala Dunia FIFA

Peminat bola sepak tidak melepaskan peluang bergambar secara dekat dengan trofi Piala Dunia FIFA sempena Siri Jelajah Global 75 negara sempena Kejohanan Piala Dunia 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Sunway Piramid, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 21 JANUARI 2026.

LENSA MG | Akmal Sebak di Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO

Reaksi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2026.

KJ Ceria Hadir Persidangan Pemuda UMNO – PAU2025

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hadir ke Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU2025) di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 JANUARI 2026

Perasmian Persidangan Sayap-Sayap UMNO PAU2025

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Naib-Naib Presiden UMNO serta yang lain mengibarkan bendera UMNO pada Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU2025) 2025 di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2026.

Taklimat Presiden UMNO – PAU2025

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melambai ketika hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU2025) di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2026.

Panda Gergasi Baharu Chen Xing dan Xiao Yue

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat sepasang panda gergasi baharu, Chen Xing dan Xiao Yue, yang tiba dari China pada 18 November tahun lalu pada Pembukaan Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) ketika di Zoo Negara, Gombak, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 10 JANUARI 2026.

Bangunan Simulator Akademi MAB

Pelatih melakukan latihan simulasi penerbangan selepas perasmian Bangunan Simulator Akademi Malaysia Airlines Berhad (MAB) di KLIA, Sepang. Foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2026.