Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1579 Artikel 0 Komen
adzlansidek

PPV Penuh, Orang Awam Mahukan Vaksin #Covid19

Orang ramai yang hadir untuk mendapatkan suntikan dos pertama Vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Konvensyen IDEAL Shah Alam (IDCC) Seksyen 15, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 25 MEI 2021.

Nasib Usahawan…

Peniaga yang sabar menunggu pelanggan untuk mengunjung kedai masing-masing berikutan terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.

Detik Terakhir Jenazah ke Liang Lahad #Covid19

Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.

Servis Tauke Bengkel Sanitasi Kenderaan #Covid19

Pemilik bengkel Raudhah Rich Auto, Mohamad Aries Nordin 39, melakukan sanitasi Ambulans merupakan salah satu inisiatif sebagai langkah mencegah penularan wabak Covid-19 berikutan peningkatan kes yang tinggi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.

Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Menipu Penjualan Pelitup Muka

Anggota polis mengiringi suspek, Tjoeng Chan Chin, 43 yang akan didakwa atas pertuduhan kes penipuan penjualan pelitup muka yang tidak wujud bernilai RM352,000 ribu ketika di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 20 MEI 2021.

TENTERA, POLIS Kawal Kesesakan Orang Ramai Terima Vaksin AstraZeneca

Anggota tentera mengawal kesesakan dan pematuhan SOP orang ramai beratur panjang menunggu giliran menerima vaksin AstraZeneca ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 15 MEI 2021.

Kedutaan Palestin Kibar Bendera Separuh Tiang #GazaUnderAttack

Bendera dipasang separuh tiang bagi memperingati mangsa rakyat Palestin yang terbunuh dalam kejadian serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di di kediaman kedutaan Palestin di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 MEI 2021.

Barisan Hadapan Beraya Dengan Lemang dan Kuih Raya di SJR

Pegawai polis Daerah Sentul tidak melepaskan peluang untuk menikmati kuih raya ketika berehat semasa menjalankan tugas pada Sekatan Jalan Raya (SJR) 
berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Daerah Sentul, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 MEI 2021.

Pasukan All Black PDRM Masuk Pusat Beli Belah, Pantau Pematuhan SOP...

Pasukan All Black Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam melakukan rondaan bagi memastikan para pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa membeli-belah ketika musim perayaan Aidilfitri pada tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah pasaraya di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 14 MEI 2021.

Lengkap Berbaju Raya Sambut Lebaran di Tasik Shah Alam

Gelagat orang ramai mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama keluarga sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas aktiviti merentas negeri dan daerah serta aktiviti ziarah hari raya tidak dibenarkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diseluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Tasik Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 13 MEI 2021.