Mohd Adzlan Mat Sidek
Zuraida Kamaruddin Tinjau Cadangan Tapak Laman Rekreasi
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika membuat lawatan ke kawasan Bukit Antarabangsa, di Cadangan Tapak Laman Rekreasi dan Cadangan Tapak Dusun Bandar, Taman Bukit Mulia, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2020.
Luar Perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur Sesak Dengan Penyokong ‘BOSSKU’
Suasana penyokong-penyokong yang hadir menunggu di luar perkarangan Mahkamah berikutan keputusan kes Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.
Hishammuddin, Duta Palestin ke Malaysia Kempen UniteForPalestin
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali memakaikan lencana Malaysia dan Palestine kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika hadir melawat booth kempen UniteForPalestin di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 27 JULAI 2020.
Lukisan Mural ‘Barisan Hadapan’ Seksyen 4 Jadi Tarikan Pengunjung
Penghantar makanan Grab Food tidak melepaskan peluang datang melihat mural gergasi bertemakan potret Ketua Pengarah Kesihatan Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah serta barisan petugas barisan hadapan hasil karya Muhammad Suhaimi Ali dan dua rakannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Restoran Makan Heritage, Seksyen 4, Kota Damansara, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 25 JULAI 2020.
“Bapa Rogol, Lacur Anak dan Isterinya” Tangan Bergari ke Mahkamah
Lapan suspek termasuk bapa kandung yang rogol dan lacur anak perempuan dan isterinya di bawa oleh pegawai polis untuk permohonan reman baharu di bawah siasatan akta ATIPSOM di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 25 JULAI 2020.
Zuraida Melawat Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran
Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin beramah mesra bersama murid selepas membuat lawatan ke sekitar bangunan sekolah ketika hadir Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, Ampang, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 22 JULAI 2020.
Reaksi Ahli-Ahli Parlimen pada Sidang Dewan Rakyat
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 20 JULAI 2020.
Tengku Adnan Hadir Simbolik Penyerahan Jalur Gemilang
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima bendera dari Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim sebagai simbolik penyerahan Jalur Gemilang ketika hadir ke program Merdeka Community Bonding di perumahan penjawat awam Fasa 14-7, Presint 14, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 19 JULAI 2020.
Sidang Media JSJK Tangkapan Sindiket Penipuan Pelaburan
Pemangku Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin menunjukkan barang rampasan semasa di Sidang Media mengenai tangkapan sindiket penipuan pelaburan di Menara KPJ, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2020.
Gelagat Murid-Murid Pada Hari Pertama Persekolahan Dalam Tempoh PKPP
Gelagat seorang murid pada hari pertama persekolahan semasa rogram 1st At School dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 15 JULAI 2020.