Sunday, September 13, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1578 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Walkabout Calon GRS Bongawan, Anifah Aman #PRNSabah

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) N.30 Bongawan, Tan Sri Anifah Aman menyantuni penduduk pada walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 di Pekan Bongawan, Papar, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 20 NOVEMBER 2025.

Mendapan Jalan di Masjid India

Pekerja kontraktor sedang melakukan kerja-kerja baik pulih susulan kejadian mendapan jalan yang berlaku pagi tadi di Jalan Bonus, Masjid India. Foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2025.

Lelaki Warga Asing Ditemukan Mati Dibunuh

Anggota polis unit forensik membawa mayat lelaki warganegara India berusia 49 tahun yang ditemui mati di tangga rumah kedai di kawasan Pusat Bandar Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2025.

PM Rasmi Malaysia Semiconductor IC Design Park 2

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat kelas latihan Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (Asem) pada Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2 ketika di CoPlace 9, Cyberjaya. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2025.

Perasmian Penutup Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang melakukan gimik pada Majlis Perasmian Penutup Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025 di Zepp, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 NOVEMBER 2025.

Wira Tidak Didendang, Selamat Hari Kurier Negara 2025

Sambutan Hari Kurier Negara 2025 yang diraikan hari ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan pekerja-pekerja industri kurier yang menjadi tulang belakang sektor logistik negara, selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan dan cabaran mereka dalam memastikan setiap pesanan pelanggan dihantar tepat pada masanya, terutama ketika musim perayaan dan jualan besar-besaran. Foto SADIQ SANI, 01 NOVEMBER 2025.

ASEAN Pertahanan Bermula #ADMM

Petugas melakukan persiapan akhir menjelang Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Ke-19 dan Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Plus Ke-12 yang bermula esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 OKTOBER 2025.

LENSA MG | Bila Pengamal Media Buat Liputan Pemimpin Dunia #ASEAN47

Petugas media dari Timor-Leste antara 2,800 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang berdaftar berkumpul bagi membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang menjadi tumpuan dalam membincangkan kerjasama serantau dan isu global utama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.

Penari Tradisional Timor-Leste Curi Tumpuan #ASEAN47

Penari dari Timor-Leste berpakaian tradisional Tais Timor membuat persediaan sebelum melakukan persembahan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di KLCC. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.

Hospital Mini KKM #ASEAN47

Kementerian Kesihatan (KKM) menugaskan 512 petugas bagi memastikan aspek kesihatan berada pada tahap terbaik termasuk menubuhkan hospital mini yang dilengkapi lapan katil, peralatan moden dan ubat kecemasan untuk rawatan segera kepada delegasi serta petugas sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC. Foto MOHD ADZLAN, 27 OKTOBER 2025.