Mohd Adzlan Mat Sidek
Konvoi ‘The Beast’ Bawa Presiden AS Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menaiki 'The Beast' hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 OKTOBER 2025.
Momen Bersejarah! Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama wakil wakil negera ASEAN dan wakil wakil negara ASEAN Dialog selepas berikutan Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 25 OKTOBER 2025.
Festival Mega ‘I Lindung U’ #PERKESO
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz melakukan gimik perasmian Festival Mega I Lindung U anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pekarangan Stadium Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 24 OKTOBER 2025.
Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Agong 2025
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Istiadat Pertukaran Panji-Panji Agong Tahun 2025 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 23 OKTOBER 2025.
Tun M di Mahkamah Shah Alam
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir perbicaraan kes saman RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencemarkan reputasinya dengan menuduh beliau bersikap rasis serta mengkayakan diri dan ahli keluarganya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri ketika di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 21 OKTOBER 2025.
Hiba… Perjalanan Akhir “Yap Shing Xuen”
Ahli keluarga dan rakan mengiringi kenderaan yang membawa mendiang Yap Shing Xuen dengan 100 belon berwarna biru putih sebagai simbolik penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Krematorium Nirvana Center Shah Alam ketika di Nirvana Center Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 OKTOBER 2025.
Puluhan Ribu Polis Bersiap Sedia #ASEANSummit #PDRM
Seramai lebih 10 ribu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap sedia dalam Taklimat Penugasan Sempena 47th Asean Summit and Related Summits yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh di Hangar Lapangan Terbang Lama, Bandar Malaysia. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2025.
Rumah Terbuka Deepavali Madani 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan ketika di KL Sentral. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2025.
Keluarga, Rakan Iringi Jenazah Arif Zawir
Reaksi sedih ahli keluarga Allahyarham pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Ahmad Arif Zawir Mohd Ali yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat tiga kediamannya sebelum dibawa pulang ke Kota Masai, Johor pagi ini untuk urusan pengebumian ketika di Surau Ad-Deeniah, PPUM. Foto MOHD ADZLAN, 18 OKTOBER 2025.
Ekspo Industri Sukan ASEAN 2025
Joran antara barangan yang terdapat pada Ekspo Industri Sukan ASEAN 2025 selepas perasmiannya di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 OKTOBER 2025.

















