Mohd Adzlan Mat Sidek
Tun M Turun Ceramah Perdana Perikatan Nasional #PRKPelangai
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbual bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika hadir pada Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Dataran Purnama, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2023.
Konvoi Jentera di Hari Terakhir Kempen #PRKPelangai
Penyokong Barisan Nasional dan Perikatan Nasional meraih undi di sekitar kampung sempena hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2023.
Persiapan Akhir di Pusat Mengundi #PRKPelangai
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir untuk hari pengundian esok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2023.
Amizar dan Cikgu Kasim Solat Jumaat Bersama Pengundi Pelangai
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam bersalaman bersama calon Perikatan Nasional (PN) N36 Pelangai, Kasim Samat selepas selesai solat jumaat sebelum berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai ketika di Masjid Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2023.
Persiapan Peralatan dan Kotak Undi SPR – PRK Pelangai
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan kerja-kerja persiapan bagi hari pengundian pada hari esok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi Dewan Orang Ramai, Felda Kemasul. Foto MOHD ADZLAN, 06 OKTOBER 2023.
Kempen Undi Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam #PRKPelangai
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melakukan sepakan penalti semasa hadir ke Pertandingan Fulsal Padang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Kampung Bukit Gajah, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2023.
Perang Bendera BN dan PN #PRKPelangai
Kreativiti penduduk kampung Felda Kemasul apabila membuat replika wau dan dacing gergasi dengan bendera parti Perikatan Nasional dan Barisan Nasional bagi menghangatkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2023.
Bendera Barisan Nasional Berkibar #PRKPelangai
Penduduk orang asli Kampung Semei bergotong-royong memasang bendera Barisan Nasional bagi menghangatkan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Ulu Semei, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2023.
Calon BN, Amizar Abu Adam Mesra Rakyat #PRKPelangai
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis pada program sembang santai bersama veteran sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Kampung Bukit Gajah, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 04 OKTOBER 2023.
Muhyiddin, Tuan Ibrahim di Ceramah Perdana PN – PRK Pelangai
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga kanan) mengangkat tangan bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kanan), Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kiri) dan calon Perikatan Nasional (PN) N36 Pelangai, Kasim Samat (dua kiri) selepas Ceramah Perdana Perikatan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 03 OKTOBER 2023.