Mohd Adzlan Mat Sidek
Walkabout Calon PN, Cikgu Kasim Santuni Pengundi
Calon Perikatan Nasional (PN) N36 Pelangai, Kasim Samat menyantuni penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Felda Kemahal, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 03 OKTOBER 2023.
Bekas MB Pahang Kempen Undi Calon BN #PRKPelangai
Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersama calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Felda Kemasul, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 03 OKTOBER 2023.
Anwar Kempen Undi Calon BN di Ceramah Mega Perpaduan Madani #PRKPelangai
Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam di Ceramah Mega Perpaduan Madani sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2023.
Anwar Ibrahim Bersama Warga Felda Wilayah Mempaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penduduk yang hadir pada Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda Wilayah Mempaga di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2023.
Semangat dan Kempen Jentera BN – PRK Pelangai
Penduduk bergotong-royong membuat replika keris yang dibaluti dengan bendera Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Felda Kemasul, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 02 OKTOBER 2023.
Ella Peneman Hiburan Pak Cik Aziz
Keakraban seorang warga emas, Abdul Aziz, 77 bersama kucing kesayangannya yang diberi nama Ella mencuri tumpuan apabila beliau sering membawa kucing tersebut beriadah menaiki motosikal keliling kampung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2023.
Zahid Tunjuk Bakat Potong Rambut Warga Pelangai
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memotong rambut pelanggan yang menggunakan perkhidmatan servis percuma di tapak gerai Giat Mara pada Program Sentuhan Kasih Desa Pelangai Mini Ekspo TVET KKDW dan Keusahawan Desa di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 30 SEPTEMBER 2023.
Calon BN, Amizar Abu Adam Kempen #PRKPelangai
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama jemah yang hadir selepas menunaikan solat jumaat sebelum menyambung kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Masjid Bukit Gajah, Pelangai, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 29 SEPTEMBER 2023.
MB Perak Kempen Undi Rumah Ke Rumah – PRK Pelangai
Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni penduduk kampung pada program ramah mesra bersama warga Perak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Felda Kemasul, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 29 SEPTEMBER 2023.
LENSA MG | Sayang ‘UNGKA’ Seperti Anak Sendiri
Penduduk kampung Orang Asli, Rujai Rahmad mendukung anaknya sambil meluangkan masa dan bermain bersama seekor Ungka yang diberi nama Tunggal berikutan hampir setiap hari menyinggah ke kediamannya untuk bermain dan meminta makanan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Ulu Semei, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 28 SEPTEMBER 2023.