Mohd Adzlan Mat Sidek
Walkabout Calon BN, Amizar Kempen Pengundi Cina dan India – PRK...
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama pengundi masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Sungai Gapoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 28 SEPTEMBER 2023.
Replika Kereta Kebal Barisan Nasional – PRK Pelangai
Penduduk, Mohamad Sayuti Mohd, 42 membawa ATV dihiasi dengan bendera Barisan Nasional seperti kereta kebal melintasi wau bulan PN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Felda Kemasul, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2023.
Walkabout Kempen Calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli – PRK Pelangai
Calon bebas N36 Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli melawat keluarga terdekat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Chemomoi, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 27 SEPTEMBER 2023.
Program Sembang Santai Perpaduan Bersama Penduduk #PRKPelangai
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu bersalaman bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selepas program Sembang Santai Perpaduan bersama penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Kampung Manchis, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2023.
Ismail Sabri Turun Padang Bantu Kempen PRK Pelangai
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat penduduk bermain aktiviti boling padang pada Program Santai Anak Muda sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Pelangai di padang Awam Felda Sungai Kemahal, Bentong. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2023.
Karnival Buah-Buahan Daerah Bentong
Penduduk kampung gembira selepas membeli buah-buahan pada program Karnival Buah-Buahan Daerah Bentong di Dataran Pelangai, Simpang Pelangai, Bentong. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2023.
MB Pahang, Rara Promosi Buah-Buahan Tempatan
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua kiri) bersama Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (tengah) mencuba sendiri buah-buahan tempatan bagi mempromosinya pada program Karnival Buah-Buahan Daerah Bentong di Dataran Pelangai, Simpang Pelangai, Bentong. Foto MOHD ADZLAN, 26 SEPTEMBER 2023.
Kempen Calon BN, Amizar Abu Adam – PRK Pelangai
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam menyantuni masyarakat orang asli Kampung Ulu Semei sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Telemong, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2023.
Calon BN, Amizar Sarapan Pagi Dengan Pengundi #PRKPelangai
Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam menyantuni penduduk kampung semasa sarapan pagi sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di kedai Meor, Felda Chemomoi, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2023.
Kanak-Kanak Felda Chemomoi #DailyLife
Kanak-kanak beriadah bermain bola sepak dengan 'berkaki ayam' pada cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Felda Chemomoi, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 24 SEPTEMBER 2023.