Saturday, May 10, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Walkabout Calon BN, Amizar Abu Adam Kempen Undi Peniaga dan Penduduk

Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam menyantuni penduduk setempat pada walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di tapak pasar malam Felda Chemomoi, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 24 SEPTEMBER 2023.

Sanusi Md Nor Kempen Undi Calon PN #PRKPelangai

Calon Perikatan Nasional (PN) N36 Pelangai, Kasim Samat (kiri) diiring Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melakukan aktiviti berbasikal pada program FunRide bersama hampir 50 penduduk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Felda Chemmomoi, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2023.

Gelagat Calon dan Jentera di Pusat Penamaan Calon #PRKPelangai

Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam (kiri) beramah mesra bersama calon Perikatan Nasional (PN) N36 Pelangai, Kasim Samat selepas menyerahkan borang penamaan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Pelangai. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2023.

Program Jualan Rahmah DUN Pelangai

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli barang keperluan harian yang dijual dengan harga yang murah pada Program Jualan Rahmah (PJR) di Dataran Simpang Pelangai, Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2023.

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah Lembah Klang

Sidang media PDRM mengenai rampasan dadah jenis ganja menjadikan keseluruhan bernilai RM12.8 juta berjaya dirampas dalam operasi yang dilakukan polis di sekitar Lembah Klang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 SEPTEMBER 2023.

Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke-15

Speaker DUN Selangor yang baharu, Lau Weng San selepas angkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-15 pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15, turut sama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Azmin Ali di Dewan Negeri Selangor, SUK Selangor, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 19 SEPTEMBER 2023.

Cipta ‘Musik’ Dari Bahan Terpakai

Kreativiti pemain gendang dan Pengamal Teater, Chun wai, 30 bermain alat musik menggunakan barangan terpakai seperti kuali lama, periuk, tin dan tong air plastik menarik minat orang awam pada cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2023.

Suasana Retro ‘Kwai Chai Hong’

Hampir 10,000 piring plastik pelbagai bentuk seperti replika naga yang menghiasi 'Kwai Chai Hong' atau 'Lorong Hantu Kecil' bagi menarik minat pengunjung pada cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 SEPTEMBER 2023.

Hari Malaysiaku 2023 #JalurGemilang

Kibaran Jalur Gemilang di puncak Menara Kuala Lumpur bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2023 yang bertemakan Malaysia MADANI 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2023.

Pavilion Gate to Global – MIHAS 2023

Produk tempatan Jus Madu Epal keluaran Beemiel dipamerkan di tapak pameran Pavilion Gate To Global sempena Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2023.