Mohd Adzlan Mat Sidek
Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2023
Aksi perlawanan robot pada Majlis Penutupan Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2023 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di The Summit USJ, Subang Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2023.
PM Hadir Majlis Penyerahan Felo Perdana 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual mesra bersama felonya Muhamad Firdaus Ali (dua kanan) serta Dayang Nur Syazwanie Abang Redzuan (kiri) ditemani Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Penyerahan Felo Perdana 2023 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2023.
Amirudin Shari Mula Tugas Rasmi Menteri Besar Selangor
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengimbas pas perakam waktu simbolik memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2023.
Perjalanan Terakhir ‘Rider’ Foodpanda, Allahyarham Muhamad Hafiz #NahasPesawat
Ahli keluarga dan kenalan kepada penunggang Foodpanda, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32 menunaikan solat jenazah kepada mangsa nahas pesawat terhempas sebelum dibawa ke Sidam, Sungai Petani, Kedah bagi proses pengkebumian ketika di Masjid Ar-Rahimiah, Klang. Foto MOHD ADZLAN, 19 OGOS 2023.
Mayat Mangsa Pesawat Terhempas Dibawa Keluar
Anggota Bomba dan anggota Angkatan Pertahanan Awam membawa keluar mangsa-mangsa kejadian pesawat ringan yang terhempas di sekitar bandar Elmina, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2023.
YDP Agong Berkenan Lawat Lokasi Pesawat Terhempas
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli melihat lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas di sekitar bandar Elmina, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2023.
Pecah Tanah Residensi Wilayah, Residensi Prihatin Madani dan Pusat Penjaja Madani
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memotong riben sebagai gimik perasmian majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjana Madani di Jalan Tasik Selatan 2A, Desa Tasik, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 OGOS 2023.
Sanusi Md Nor Mula Tugas Menteri Besar Kedah Ke-15
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Foto MOHD ADZLAN, 14 OGOS 2023.
PN Kuasai 33 Kerusi DUN Kedah
Calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama calon yang lain mengangkat tangan selepas keputusan memenangi 33 kerusi DUN sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. Foto MOHD ADZLAN, 12 OGOS 2023.
Reaksi Sanusi Md Nor Ketika Mengundi #PRN15
Calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuang kertas undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, Sik. Foto MOHD ADZLAN, 12 OGOS 2023.