Monday, September 30, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1309 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Ucapan Kempen Akhir Anwar Ibrahim di Tambun #PRU15

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap menyampaikan amanat kepada penyokong sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Meow Garden, Tambun. Foto MOHD ADZLAN, 18 NOVEMBER 2022.

Poster Peja Jadi ‘Never in Tambun’ #PRU15

Poster kempen calon Perikatan Nasional (PN) P.063 Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diconteng oleh orang yang tidak bertanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Meru Raya, Ipoh, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 17 NOVEMBER 2022.

Calon BN, Khairul Azwan Lancar Manifesto Parlimen Pasir Salak #PRU15

Calon Barisan Nasional (BN) P.073 Pasir Salak, Khairul Azwan Harun (tengah) bersama calon Barisan Nasional (BN) N.50 Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (kanan) dan calon Barisan Nasional (BN) N.49 Sungai Manik, Datuk Ibrahim Katop (kiri) menunjukkan lampiran Manifesto Aspirasi Pasir Salak selepas Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Parlimen Pasir Salak sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Gajah, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 16 NOVEMBER 2022.

Meriam PN Tembak Anwar #DailyLife #PRU15

Kreativiti yang ditunjukkan penyokong parti Perikatan Nasional apabila replika kereta kebal yang dihiasi dengan bendera parti diletakkan di sekitar jalan raya sambil ditujukan ke arah poster gergasi calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Taman Tanjung Mewah, Tambun, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 16 NOVEMBER 2022.

Ceramah Perdana ‘PRU15 Jangan Tertipu Lagi!’

Penyandang Kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bergambar bersama penyokong yang hadir selepas Ceramah Perdana PRU-15 'Jangan Tertipu Lagi' sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika di Dewan Terbuka Arena Mior Aris, Lubok Merbau, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2022.

Poster Tinggi Anwar #PRU15 #DailyLife

Poster gergasi calon Pakatan Harapan (PH) P.063 Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan di laluan Gugusan Manjoi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Perak. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2022.

Gelagat PM Ramah Mesra Dengan Keluarga FELDA Lasah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama penduduk selepas hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Keluarga FELDA Lasah ketika di Dewan Semai BaktiFelda Lasah, Sungai Siput, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2022.

Orang Asli Suku Semai, Rosnorlina Bah Ali #DailyLife

Pengundi masyarakat Orang Asli Rosnorlina Bah Ali, 33, bersama anaknya Jervinliy Ramli, 9 bulan merupakan suku kaum Semai yang tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Orang Asli Sungai Lah, Chenderiang, Tapah, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2022.

Zahid Hamidi Kempen #PRU15 Komuniti Telugu Bagan Datuk

Pengerusi Barisan Nasional yang juga calon BN P.075 Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama komuniti Telugu sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kuil Sri Venkateswara Parit 6, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2022.

Calon BN, Vigneswaran Makan Malam Bersama Penduduk #PRU15

Calon Barisan Nasional (BN) P.062 Sungai Siput, Tan Sri S.A. Vigneswaran beramah mesra bersama penyokong selepas hadir ke majlis makan malam bersama penduduk sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika di Dewan Konvensyen, Sungai Siput, Perak. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2022.