Mohd Adzlan Mat Sidek
Balu Mangsa Pemandu Mabuk Terima Manfaat Perkeso
Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz menyerahkan bantuan Pencen Penakat Perkeso kepada Nor Nadia Abdul Majid, 32 balu kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33 yang merupakan penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk ketika di Pangsupuri Rimba, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 APRIL 2026.
DR JALANAN Klinik Khidmat 24 Jam
Pasukan Dr Jalanan, Mejar Dr Alifarhan Alimudin (kanan) bersama Mejar Dr Awangku Zulhilmi Awangku Ibrahim (kiri) memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada golongan yang memerlukan bantuan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 MAC 2026.
Kenderaan Sesak di Lebuhraya Arah Pantai Timur
Aliran trafik ke arah Pantai Timur sesak berikutan warga kota mula pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri ketika tinjauan Malaysia Gazette di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak. Foto MOHD ADZLAN, 19 MAC 2026.
Malam Lailatul Qadar
Umat Islam mengambil peluang menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan dengan beriktikaf, menunaikan solat sunat, membaca Al-Quran serta berzikir di masjid bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar yang dijanjikan ganjaran lebih baik daripada seribu bulan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sendayan, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2026.
Khaled Nordin, Ramanan Saksi MoU PERKESO, PERHEBAT dan JHEV ATM
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (tiga kanan) bergambar bersama Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Semaon Marjuki (kiri), Ketua Pengarah PERHEBAT, Datuk Amir Md Noor (dua kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz (kanan) selepas Pemeteraian dan Pertukaran MOU PERKESO bersama PERHEBAT dan JHEV di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh. Foto MOHD ADZLAN, 10 MAC 2026.
Buku Capital Market Masterplan 2026-2030
Kakitangan, Hanis Syairah Suhaimi, 33 menunjukkan buku Pelan Induk Pasaran Modal Keempat (Capital Market Masterplan 4) 2026-2030 di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara. Foto MOHD ADZLAN, 09 MAC 2026.
Sidang Media SPRM ‘Op Middleman’
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki menunjukkan barang yang dirampas dalam Op Middleman di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 MAC 2026.
PM dan Ahli Parlimen Pada Sidang Dewan Rakyat
Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2026.
Ribuan Terima Sumbangan Ramadan
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan sumbangan Ramadan kepada penerima ketika hadir ke Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Ramadan 1447H/2026M di Maahad Tahfiz Al-Madrasathul Faridiyah, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MAC 2026.
PM Hadir Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis kaligrafi pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong. Foto MOHD ADZLAN, 26 FEBRUARI 2026.

















