Mohd Adzlan Mat Sidek
Menteri Belia dan Sukan Lawat Garage Kesang
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu cuba mengangkat berat semasa hadir melawat Garage Kesang di Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2021.
Calon BN, P. Shanmugam Main Takraw Bersama Anak Muda #PRNMelaka
Calon Barisan Nasional N.07 Gadek, P. Shanmugam bermain sepak takraw bersama penduduk setempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Pulau Sebang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2021.
Calon PN, Dr Yadzil Yaakub Bantu Gotong-Royong Tanah Perkuburan #PRNMelaka
Calon Perikatan Nasional N.24 Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub bergotong royong bersama penduduk kampung di Tanah Perkuburan Kampung Ayer Baruk, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 14 NOVEMBER 2021.
Jentera Pasang Bendera Pakatan Harapan #PRNMelaka
Jentera melakukan kerja-kerja pemasangan bendera parti Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Ayer Panas, Bemban, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2021.
Anwar Ibrahim dan Calon PH Minum Petang di Warung Felda Tun...
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (kiri), Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (tiga kiri), calon Pakatan Harapan N.17 Bukit Katil, Adly Zahari (dua kiri) serta calon Pakatan Harapan N.25 Rim, Prasanth Kumar (kanan) hadir untuk minum petang dengan penduduk kampung di Warung warga Felda Tun Ghaffar, Kemendor, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2021.
Muhyiddin Bersama Calon PN, Mohd Rafiq Bermesra Dengan Penduduk Kampung #PRNMelaka
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga kiri) bersama calon Perikatan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (kanan) beramah mesra bersama penduduk kampung semasa hadir sarapan pagi di Restoran Terapung Tanjong Nibong, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 13 NOVEMBER 2021.
Calon BN, Sulaiman Ali Solat Jumaat Bersama Pengundi #PRNMelaka
Calon Barisan Nasional N.04 Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali beramah mesra bersama penduduk kampung selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Salmah Khamis, Lendu, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2021.
Calon BN N.23 Telok Emas Ronda Kampung Naik Motosikal #PRNMelaka
Calon Barisan Nasional N.23 Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman meronda di sekitar kampung dengan menaiki motosikal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di jalan Padang Temu, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 11 NOVEMBER 2021.
Calon Bebas, Ng Choon Koon Turun Kawasan Kampung Lubuk Kasau #PRNMelaka
Calon Bebas N24 Bemban, Datuk Ng Choon Koon (tengah) bersama penduduk, Mazam Md Jeni, 72 (kanan) serta ketua kampung, Abas Md Jeni, 64 (kiri) melihat kawasan yang sering mengalami masalah banjir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Lubuk Kasau, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 11 NOVEMBER 2021.
Anwar Ibrahim Lancar Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (dua kiri), Presiden AMANAH, Mohamad Sabu (dua kanan) calon PH N.17 Bukit Katil, Adly Zahari (kanan) menunjukkan risalah Pelan Tindakan Maju Bersama Harapan yang dilancarkan bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di La Crista Hotel, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 10 NOVEMBER 2021.