Mohd Adzlan Mat Sidek
Sindiket Pengedaran Dadah Seberat 696kg Berjaya Ditumpaskan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan pelbagai jenis dadah selepas berjaya menumpaskan sidiket penyeludupan dan pengedaran di Selangor dan Kedah ketika sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2022.
Zuraida Kamaruddin Disambut Meriah Penyokong PBM di KLIA
Bekas Pemimpin PPBM, Datuk Zuraida Kamaruddin disambut dengan lebih 100 orang penyokong dengan laungan 'Bangsa Malaysia' ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2022.
Aksi Perlawanan Harimau Malaya Benam Hong Kong 2 – 0
Pemain Malaysia, Muhammad Safawi Rasid meraikan gol pertama buat Harimau Malaya dengan sepakan penalti pada perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2022.
Istiadat Perbarisan Sambutan Ulang Tahun TUDM Ke-64
Lintas Hormat Pesawat TUDM melintasi perbarisan kawalan kehormatan utama pada Istiadat Perbarisan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia ke-64 di Pangkalan Udara Subang. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2022.
‘Rug Verse’ Reka Bentuk Karpet Jadi Kegilaan Orang Ramai
Pengasas Rug Verse, Shahir Akmal Zulkafle, 26 bersama isterinya, Azlinda Boyadi, 26 menunjukkan antara hasil tempahan karpet kustom dari pelanggannya yang telah siap ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Rug Verse, Alam Damai, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 30 MEI 2022.
Aksi-Aksi Pelatih di Perhimpunan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2022
Aksi Pelatih Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia ketika membuat persembahan khas pada Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Ijazah Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia 2022 di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Gombak, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 29 MEI 2022.
Cahaya Aurora – Setia Eco Templer
Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan pemandangan Aurora yang dipancarkan menggunakan projektor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Setia Eco Templer, Rawang. Foto MOHD ADZLAN, 29 MEI 2022.
Harimau Malaya Cemerlang Tewaskan Brunei 4 – 0
Pemain Malaysia, Mohamad Faisal Abdul Halim diasak pemain Brunei, Hazwan Hamzah pada perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 27 MEI 2022.
Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Ubah Wang Haram
Pengarah syarikat yang menjalankan urusan jual beli sarung tangan, Mazne Che Mohd Amin mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan penggubahan wang haram bernilai lebih RM1 juta dua tahun lalu ketika di Mahkamah Seksyen, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 27 MEI 2022.
Lelaki Pukul Warga Emas Dihadap ke Mahkamah
Tertuduh, Muhammad Zulkifli Che Soh merupakan seorang juruteknik syarikat automotif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang warga emas dengan sengaja di Padang Jawa selepas dibawa oleh pegawai polis di Mahkamah Majistret, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2022.

















