Mohd Adzlan Mat Sidek
Aksi Perlawanan Malaysia Tewas Kepada Bahrain 1 – 2 #PialaAsia2023
Reaksi kecewa pemain Harimau Malaya selepas tewas 1 - 2 kepada pasukan Bahrain dalam perlawanan Malaysia menentang Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 11 JUN 2022.
Himpunan Aman ‘Jangan Hina Nabi Kami’ di Hadapan Kedutaan India
Umat Islam berhimpun beramai-ramai membantah kerajaan India dan dua pemimpin parti BJP yang menghina Rasulullah SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi debat minggu lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Kedutaan India, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.
Imigresen Berjaya Tumpaskan Kegiatan Sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menunjukkan pasport yang dirampas selepas berjaya menumpaskan kegiatan sindiket Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang berselindung disebalik agensi pekerjaan haram yang didalangi oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh ketika di Jabatan Imigresen Malaysia, Kompleks Kerajaan Parcel D, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.
YDP Agong Berkenan Hadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi tabik hormat semasa melakukan pemeriksaan barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.
LENSA MG | Aksi Harimau Malaya Menang 3 – 1 Turkmenistan...
Pemain Malaysia, Safawi Rasid meraikan gol pertama Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan pada perlawanan bola sepak dalam aksi kelayakan kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2022.
Penyokong Hitam Kuning #HarimauMalaya
Gelagat penyokong Harimau Malaya yang hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Turkmenistan dalam aksi kelayakan kumpulan E Piala Asia 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2022.
Orang Asli Kelantan Berarak Serah Memorandum Kepada PM di Putrajaya
Sebahagian orang asli dari suku kaum Temiar memegang poster bantahan pembinaan empangan hidroelektrik di Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan yang mewakili suara lebih 3 ribu orang asli daripada 17 wilayah semasa hadir untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan TNB ketika di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 07 JUN 2022.
Idris Ahmad Pecah Tanah Kompleks Pendidikan YAPIS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melakukan gimik majlis pecah tanah Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) ketika di Mukim Sungai Panjang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2022.
Reunion Aman Bekas Perajurit ATM
Bekas perajurit membuat tabik hormat semasa hadir ke program Reunion Bersama Bekas Perajurit Semalaysia ATM dan Isu-Isu Semasa Veteran ATM di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2022.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kini Kembali
Pengunjung yang tidak melepaskan peluang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) dengan diadakan secara fizikal yang bermula hari ini sehingga 12 Jun selepas dua tahun dilaksanakan secara dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2022.

















