Tuesday, September 15, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1581 Artikel 0 Komen
adzlansidek

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 #DataranMerdeka

Dekorasi Selamat Hari Raya Aidilfitri berlatar belakangkan petir berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan pada 8.30 malam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2022.

Op Klon Tumpaskan Sindiket Curi Kereta Mewah #PDRM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim melihat kenderaan yang berjaya dirampas selepas pihak polis berjaya menumpaskan sindiket curi kereta mewah dalam satu Op Klon ketika di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 27 APRIL 2022.

Nik Muhammad Zawawi Rasmi Program MyBest Buy Aidilfitri 2022

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh melawat tapak jualan ketika hadir ke Majlis Perasmian Program MyBest Buy Aidilfitri 2022 di Wisma Tani, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 26 APRIL 2022.

PM Luang Masa Lawat Bella

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menziarahi adik Bella seorang remaja sindrom semasa mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Seremban. Foto MOHD ADZLAN, 23 APRIL 2022.

Penyanyi Kumpulan Terkenal Direman Dakwaan Pukul Bekas Isteri

Seorang penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air dibawa oleh pegawai polis selepas direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan melibatkan kes keganasan rumah tangga ketika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 21 APRIL 2022.

PM Lancar Pelan Transformasi Strategik Hijrah24

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (kanan) bersama Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) dan melancarkan Pelan Transformasi Strategik Hijrah24 di Menara TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 20 APRIL 2022.

Coretan Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri Malam Hari Nuzul Quran

Pelatih Madrasah Darul Solihin Al Qadiri menunaikan solat maghrib selepas membaca ayat suci Al-Quran sempena Hari Nuzul Quran untuk mendapat keberkatan pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2022.

‘Op Gaston’ Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Sekitar Lembah Klang

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Jasmirol Jamaluddin menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas dalam satu sindiket pengedaran dadah semasa melakukan satu operasi Op Gaston ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2022.

Sidang Media Debat Perdana #NajibAnwar

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bersama Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil selepas sidang media berhubung Debat Perdana di antara DS Anwar Ibrahim dan DS Najib Razak ketika di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 APRIL 2022.

Kanak-Kanak Jadi Imam Solat

Anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari yang masih berumur 6 tahun menunaikan solat Isyak berjemaah selepas berbuka puasa pada Program Iftar Ala Madinah Dan Sembang Sahur Edisi Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Tahun 2022 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2022.