Mohd Adzlan Mat Sidek
Lukisan Seorang OKU #DailyLife
Pelukis orang kurang upaya jalanan, Dasuki Johari, 54 menunjukkan hasil lukisannya yang dijual dengan harga RM15 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 13 MEI 2022.
Ladang Agrivoltaic UPM Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Naib Canselor UPM, Professor Datuk Dr Roslan Sulaiman (empat kiri) menunjukkan sijil The Malaysia Book of Records yang diserahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Tenaga KeTSA, Mohamad Razif Abd Mubin (empat kanan) dalam menggunakan peluang dalam ruang solar panel di Agrivoltaic Farm UPM Puchong untuk menempatkan 25,000 unit herba berpotensi tinggi, Misai Kucing yang ditanam terus di bawah panel solar photovoltaic (PV) di UPM Solar Power Plant, Puchong, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 10 MEI 2022.
PM Saksi Pertukaran Dokumen ‘Cloud Framework Agreement’
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) diiringi Menteri Kewangan, Datuk seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) menyaksikan Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Seri Dr. Yusof Ismail (depan, kiri) melakukan penukaran dokumen Cloud Framework Agreement (CFA) bersama Pengarah Perniagaan Google Cloud di Singapura dan Malaysia, Sherie Ng (depan, kanan) pada Majlis Pertukaran Dokumen Cloud Framework Agreement (CFA) di Zenith Hotel, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 09 MEI 2022.
Di Sebalik Tirai Besi – Banduan Tahfiz
Seramai 17 orang pelajar baduan kelas tahfiz Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah Penjara Kluang membaca ayat suci Al-Quran di dalam tirai besi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Johor. Foto MOHD ADZLAN, 02 MEI 2022.
Takbir Raya Berkumandang di Penjara Kluang #1Syawal
Lima puluh orang banduan melaungkan takbir raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Penjara Kluang, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 02 MEI 2022.
Banduan Bebas Dari Penjara di Hari Raya Pertama
Kamal (bukan nama sebenar) keluar dari penjara kerana dibebaskan pada Hari Raya pertama dan membolehkannya menyambut Hari Raya bersama keluarga di kampung halaman ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Penjara Kluang, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 02 MEI 2022.
LENSA MG | ‘Siap Siaga di Bumi Tuhan’
Suasana kawasan Madrasah Darul Solihin Al Qadiri yang luas dan terbuka serta tidak mempunyai dinding tebal atau tinggi namun mampu mengawal hampir 120 pelatih daripada pelbagai latar belakang. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2022.
Gelagat Para Suami Tunggu Isteri ‘Shopping Raya’ Saat Akhir #Aidilfitri
Gelagat seorang lelaki yang menunggu pasangan semasa membeli belah pada saat akhir sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di pusat membeli belah Sogo, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 30 APRIL 2022.
JPJ dan AADK Dalam Ops Musim Perayaan Aidilfitri
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan pemeriksaan ujian air kencing kepada pengguna jalan raya sempena Kick-Off Ops Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 di Tol Sungai Besi. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2022.
MG Prihatin Santuni Penghuni Pangsapuri Desa Tasik dan Sri Malaysia
Hasbullah Zulkifli, 50, bercerita keperitannya menanggung penyakit buah pinggang apabila perlu kerap menjalankan dialisis ketika Program CSR MG Prihatin Ramadan 2022 di Pangsapuri Desa Tasik, Sungai Besi. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2022.

















