Thursday, May 15, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

1375 Artikel 0 Komen
KAA1234@#

Kit Ujian Kendiri Covid-19 #DailyLife

Pekerja Farmasi, Nur Hamizan Fitri Norhisham menyusun beberapa jenis kit ujian pantas antigen COVID-19 berikutan kerajaan telah memutuskan harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas tersebut ditetapkan pada harga RM19.90 seunit manakala harga borong maksimum bagi kit ujian sama pula ditetapkan pada harga RM16 satu set ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Farmasi sekitar Bangsar. Foto MOHD ADZLAN, 05 SEPTEMBER 2021.

Picaragi Terakhir di Pusat Pemberian Vaksin SelVAX #Covid19

Picagari terakhir yang akan diberikan kepada penerima suntikan vaksin Covid-19 sempena hari terakhir pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SelVAX ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel De Palma, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2021.

NGO Serah Memorandum Bantah Kerajaan Selangor Nyah Warta Hutan Simpan

Presiden NGO PEKA Malaysia, Puan Sri Prof. Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil (tengah) bersama Setiausaha Otai Reformis 98, Abdul Razak Ismail (dua dari kanan) dan Pengerusi NGO Gerak 98, Syed Putra Syed Isa (kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Kerajaan Negeri Selangor berkaitan penyahwartaan hutan simpan Kuala Langat Utara ketika di hadapan pintu Bangunan SUK, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 03 SEPTEMBER 2021.

Hishammuddin Hussein Kembali ke Pejabat Menteri Pertahanan

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas selesai sidang media sempena hari pertama memulakan tugas menteri yang pernah dijawat di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur. MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2021.

Frontliners PPV Zahir Semangat Patriotik Sempena Hari Kemerdekaan ke 64

Kakitangan dan petugas mengibarkan jalur gemilang sambil memakai pakaian tradisional kebangsaan untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Semangat Kemerdekaan Anak-Anak Kampung Haji Durani #31Ogos

Kanak-kanak dari Kampung Haji Durani Sungai Besar bermain bersama sambil mengibarkan jalur gemilang di sekitar kampungnya bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette Tanjung Karang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Semangat MERDEKA64 Pangsapuri Seri Perantau #JalurGemilang

Penduduk Pangsapuri Seri Perantau bergotong-royong menghias blok kediaman dengan jalur gemilang bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 64 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Port Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Nelayan Pantai di Pulau Carey #DailyLife

Penduduk, Isa Mohd Nor, 52, melakukan aktiviti menangkap hasil laut dengan menggunakan jaring semasa pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan membenarkan sektor berkenaan beroperasi semula ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pulau Carey, Banting, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 27 OGOS 2021.

Skrin LED Jalur Gemilang #Merdeka64

Skrin LED memaparkan memaparkan kibaran jalur gemilang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 OGOS 2021.

Jalur Gemilang Gergasi #BulanKemerdekaan

Bendera jalur gemilang dipasang untuk memeriahkan Hari Kemerdekaan ke-64 yang akan disambut pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 23 OGOS 2021.