Mohd Adzlan Mat Sidek
Aneka Juadah Berbuka Jadi Buruan di Bazar Ramadan Putrajaya 2022
Antara aneka juadah kuih-muih dan lauk-pauk yang dijual untuk orang ramai membeli ketika berbuka puasa selepas Malaysia beralih Fasa Peralihan Ke Endemik semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 APRIL 2022.
Ziarah Kubur Sebelum Bermulanya Ramadan
Umat Islam menziarahi kubur ahli keluarga menjelang menyambut kedatangan bulan ramadan dalam fasa Endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2022.
Persiapan Bubur Lambuk Pak Hassan
Pekerja Pak Hassan Bubur Lambuk sibuk melakukan persediaan bahan-bahan memasak bubur lambuk sempena menyambut bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2022.
Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD)
Antara 223 orang penuntut tingkatan 5 yang berjaya menamatkan pengajian membuat pertunjukan kawad pada Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) tahun 2021 di Kem Perdana Sg Besi, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 02 APRIL 2022.
Cerapan Anak Bulan Ramadan
Timbalan Mufti Negeri Selangor, Prof Madya Dr Miszairi Sitiris sedang melihat anak bulan melalui teleskop bagi menetapkan tarikh awal Ramadan yang jatuh pada 3 April 2022 iaitu ahad ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balai Cerap Bukit Jugra, Banting. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2022
Suasana KLIA Penuh Dengan Pelancong Dari Luar Negara #Endemik
Suasana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipenuhi dengan pelancong dari luar negara susulan pelaksanaan Fasa Peralihan Endemik di Sepang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 01 APRIL 2022.
Burung Kakak Tua Terbang Bebas #FreeFlyParrot
Kumpulan Komuniti Free Fly Parrot Malaysia beriadah bersama burung kakak tua peliharaannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 13, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2022.
Yasin Sulaiman Mengaku Tidak Bersalah Menanam Pokok Ganja
Bekas penyanyi nasyid dan Komposer, Yassin Sulaiman dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara ketika di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2022.
Aktiviti Memanah di Waktu Petang #DailyLife
Nur Insyirah Muhammad Faris Shaukhi, 16 (kiri) bersama rakannya Aisyah Damia Noor Zikhan, 14 mengisi masa lapang dengan melakukan latihan aktiviti memanah untuk menajamkan lagi kemahiran mereka ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Jelutong, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 MAC 2022.
Penduduk Kampung Sri Makmur Serah Memorandum Kepada MB Selangor
Antara wakil penduduk Kampung Sri Makmur yang memegang plakad selepas menghantar memorandum kepada wakil Menteri Besar berikutan isu campur tangan berhubung pengusiran kawasan kediaman mereka di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 30 MAC 2022.

















