Mohd Adzlan Mat Sidek
Nicky Liow Mengaku Tidak Bersalah 26 Pertuduhan di Mahkamah
Ahli Perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dibawa oleh pegawai polis selepas mengaku tidak bersalah terhadap 26 pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta ketika di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 12 APRIL 2022.
Perdana Menteri di Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama Pegawai Tertinggi Kerajaan semasa hadir pada Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.
Ucapan ‘Semoga Cemerlang’ Dari DSIS Kepada Anak Yatim Baitul Barokah
Salah seorang anak yatim dari Rumah Amal Baitul Barokah Wal Mahabbah menunjukkan tandatangan yang diterima dari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Berbuka Puasa YAB Perdana Menteri bersama Penjawat Awam di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.
Amirudin Shari Lancar Platform Selangor (PLATS) Siri Ketiga
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberikan satu kotak pelitup muka kepada peniaga bazar Ramadan selepas perlancaran program Pemerkasaan Penjaja melaui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) Siri 3 di Bandar Kinrara 5, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022
8 Warga Filipina Guna MyKad Palsu Dihadap ke Mahkamah
Kakitangan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membawa lapan warganegara Filipina atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu serta kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri dihadapkan ke Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2022.
Peniaga, Pengunjung Lega DBKL Akhirnya Buka Pagar ‘Penjara’ di Bazar Jalan...
Peniaga kedai melihat pekerja kontraktor membuka semula pintu pagar yang dipasang dikawasan tapak bazar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazatte di Jalan Tar, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 07 APRIL 2022.
Hujan Lebat di Bazar Ramadan #DailyLife
Orang ramai meredah hujan lebat semasa membeli juadah untuk berbuka puasa selepas Malaysia beralih Fasa Peralihan Ke Endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2022.
Fasa Peralihan ke Endemik – Pemandu Teksi
Pemandu teksi kelihatan rancak mengambil penumpang selepas negara beralih ke Fasa Peralihan Ke Endemik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sogo, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 APRIL 2022.
Berbuka Puasa Dengan Keindahan Lanskap Putrajaya
Orang ramai tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama keluarga dan rakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 APRIL 2022.
Ismail Sabri Luang Masa Kunjungi Bazar Ramadan Putrajaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob meluangkan masa membeli juadah untuk berbuka puasa sambil beramah mesra bersama pengunjung semasa melawat ke Bazar Ramadan Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 04 APRIL 2022.

















