Wednesday, May 22, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Zahid Hamidi Bersama Penduduk Lembah Pantai

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan sebahagian anggota RELA sebaik tiba pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Lembah Pantai di Dewan Orang Ramai, Perumahan Polis Desa Aman 1, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 MAC 2018

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDNKK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin beramah mesra bersama penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 sambil diiringi Timbalan KPDNKK, Datuk Henry Sum Agong (dua kanan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) agensi-agensi di bawah KPDNKK tahun 2017 di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 MAC 2018

Penutup Bengkel BRITE III

Sebahagian anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bomba dan Penyelamat melakukan demonstrasi pada Majlis Penutup Bengkel Biological Responce Investigation Training and Evaluation (BRITE III) di Dewan Theatrette 2, Bangunan Akademik, Pulapol, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2018

Kolam Air Panas Tetap Jadi Pilihan Cuti Umum

Kelihatan dua orang pengunjung merendam kaki ke dalam besen yang diisi dengan air panas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kolam Air Panas Selayang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 17 FEBRUARI 2018

Rumah Terbuka Parti Gerakan Meriah

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggaul Yee Sang sambil diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik, Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 FEBRUARI 2018

Pelancaran Logo Perkasa Perwira

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bergambar kenangan bersama sebahagian warga Angkatan Tentera Malaysia pada Majlis Pelancaran Logo Perkasa Perwira di Wisma Perwira ATM, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2018

Muhyiddin Lancar Tabung Derma PPBM

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sambil diiringi Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (dua kanan) dan Ketua Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr. Shahruddin Salleh (dua kiri) menunjukkan poster pelancaran pada sidang media Pelancaran Tabung Derma PPBM di Galeri PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 14 FEBRUARI 2018

Daily Life – CNY 2018

Seorang pekerja lelaki kelihatan memasang tanglung sempena persiapan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chan See Shu Yuen Temple, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 FEBRUARI 2018

Himpunan Karnival Solidariti Rakyat Melayu Bugis 1Malaysia

Pengerusi Persekutuan Melayu Bugis Semalaysia, Raja Kamarudin Raja Abdul Wahid sambil diiringi Setiausaha Persekutuan Melayu Bugis Semalaysia, Baharin Tahir bergambar kenangan bersama ahli-ahli jawatankuasa dan perwakilan Persekutuan Melayu Bugis Semalaysia pada sidang akhbar sempena program Himpunan Karnival Solidariti Rakyat Melayu Bugis 1Malaysia yang akan diadakan pada 16 dan 17 Februari ini di Bilik Mesyuarat, Restoran Riverside PWTC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2018

Shahrizat Hadir Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sempat meluangkan masa berswafoto bersama sebahagian tetamu wanita yang hadir pada Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 FEBRUARI 2018