Affan Fauzi
Hannah Yeoh Hari Pertama Mula Tugas Menteri Belia dan Sukan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengimbas kad perakam waktu sebelum memulakan tugas di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2022.
Reaksi ‘Senyum’ Hadi Awang Selepas Selesai Beri Keterangan
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang melambai ke arah media selepas memberi keterangan berhubung siasatan kes ucapan berbaur hasutan oleh beliau semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu di IPD Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 DISEMBER 2022.
Laporan Polis Mangsa Sindiket Penipuan Pelaburan
Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim serta mangsa yang lain menunjukkan laporan polis berkaitan kes penipuan pelaburan di IPD Sentul, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 DISEMBER 2022.
Penceramah Fathi Diikat Jamin RM12,000
Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, berjalan keluar selepas diikat jamin sebanyak RM12,000 selepas didakwa atas pertuduhan berkaitan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 DISEMBER 2022.
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid bersama Pengerusi Jemaah Pengarah (NAFAS), Datuk Zamri Yaakob (kanan) menyempurnakan gimik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 di Hotel Everly, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 30 NOVEMBER 2022.
Solat Jumaat Pertama Anwar Sebagai Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah yang lain selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 25 NOVEMBER 2022.
Anwar Ibrahim Hari Pertama Masuk Pejabat Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas kad perakam waktu pada mesin elektronik pada hari pertama beliau memulakan tugas di pejabatnya sebagai Perdana Menteri ke-10 di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 25 NOVEMBER 2022.
Solidariti Setia Bersama “Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi”
Ahli Kelab Penyokong Presiden UMNO bersama kain rentang bersolidariti bagi mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak meletakkan jawatan di hadapan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 24 NOVEMBER 2022.
Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi BN Sepakat Kekal Pembangkang
Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin selepas hadir ke Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 NOVEMBER 2022.
Wajah-Wajah Ahli Parlimen BN, Pemimpin PH di Hotel Seri Pacific
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Mesyuarat Khas Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 21 NOVEMBER 2022.