Friday, March 7, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Calon BN, Tunjuk Bakat Ketika Kempen PRN15

Calon Barisan Nasional (BN) N. 31 Bagan Pinang, Mohd Najib Isa menunjukkan bakat bermain sepak raga tuju bersama penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Jalan Haji Jaafar, Port Dickson, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.

Calon BN Seri Menanti Kempen Undi Masyarakat Orang Asli

Calon Barisan Nasional (BN) N. 16 Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi beramah mesra dengan penduduk orang asli pada Program Ziarah Kasih Masyarakat Orang Asli sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Kampung Ulu Mampas, Terachi, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.

Walkabout Calon PH, Aminuddin Harun Kempen Undi di Pasar #PRN15

Calon Pakatan Harapan (PH) N.13 Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama calon Pakatan Harapan (PH) N. 25 Paroi, Norwani Ahmat (dua kiri) beramah mesra dengan penduduk semasa mengadakan walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Pasar Tani Paroi Jaya, Negeri Sembilan. Foto AFFAN FAUZI, 30 JULAI 2023.

Penyerahan Semula Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bergambar bersama Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor pada Majlis Penyerahan Kunci Kenderaan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto AFFAN FAUZI, 28 JULAI 2023.

Anwar Ibrahim di Sentuhan Kasih Desa Selangor

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan orang asli pada Majlis Perasmian Sentuhan Kasih Desa Selangor di Stadium Mini Sungai Besar, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 22 JULAI 2023.

Tiong King Sing Sambut Pelancong Dari China di KLIA

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyerahkan bag saguhati kepada pelancong dari China yang baru tiba sempena penerbangan sulung China Air dari Chengdu ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto AFFAN FAUZI, 19 JULAI 2023.

YDP Agong di Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah RiÕayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Kebangsaan Maal Hijrah kepada bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Abdul Monir Yaacob (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 19 JULAI 2023.

TPM Hadir Forum Nasional Kerangka Kerjaya Industri GIG

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bergambar kenangan dengan para hadirin selepas Forum Nasional Kerangka Kerjaya Industri GIG di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.

LENSA MG | Seniman Kertas ‘Pokok Mulberi’

Cheng Yen Pheng menunjukkan beberapa karya seni yang dihasilkan olehnya menggunakan kertas mulberi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.

Cakna Madani PM Bersama Agensi Penguatkuasaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pegawai penguatkuasa yang hadir pada Program Cakna Madani bersama Agensi Penguatkuasaan Tahun 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto AFFAN FAUZI, 13 JULAI 2023.