Cheng Yen Pheng menunjukkan beberapa karya seni yang dihasilkan olehnya menggunakan kertas mulberi ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.

BATU ARANG – Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa pokok mulberi boleh menghasilkan kertas.

Minat yang unik, namun itulah yang dilakukan Cheng Yen Pheng selama tujuh tahun. Seniman yang berasal dari Pulau Pinang itu kini menetap di Selangor turut mempunyai kebun pokok mulberi sendiri.

Meskipun proses penjagaan pokok tersebut agak rumit namun beliau tidak pernah mengeluh dan berputus asa, sebaliknya sentiasa berusaha memastikan hasilnya sempurna, unik dan memuaskan hati.

Antara proses yang terlibat untuk menghasilkan kertas daripada pokok itu adalah pendidihan kulit dahan dan proses menumbuk hingga teksturnya lembut sebelum dijadikan sebagai lapisan nipis untuk dikeringkan di bawah matahari.

Berkongsi hasil tangan kreatifnya, Cheng berkata pengalaman hidupnya sebagai seorang seniman dimanfaatkannya untuk menghasilkan kertas yang berlainan jenis dengan pelbagai bentuk menarik. Beliau yang meminati seni tradisional mengekspresikan gaya artistiknya berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri.

Cheng Yen Pheng memotong dahan pokok mulberi yang berada di belakang rumahnya sebagai langkah pertama dalam proses membuat kertas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Cheng Yen Pheng menunjukkan kulit kayu yang dikupas selepas dijemur untuk menghasilkan serat kering di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Serat kering dahan pokok mulberi direndamkan dalam air di rumahnya di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Rupa dahan pokok mulberi yang telah direndam sebelum proses pendidihan di rumahnya di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 JUN 2023.
Gentian yang dituai direbus di dalam periuk tanah liat kerana kepingan soda di dalam air boleh merosakkan periuk aluminium dan keluli tahan karat di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Cheng Yen Pheng melakukan kerja-kerja membuat kertas dari dahan pokok mulberi di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Cheng Yen Pheng mengeluarkan kertas yang telah dihasilkan dari bingkai sutera di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Cheng Yen Pheng memeriksa helaian kertas buatan tangan yang diprosesnya sendiri di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Pada masa yang terluang Cheng Yen Pheng menjahit kertas mulberi yang berlebihan di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Cheng Yen Pheng menunjukkan beberapa karya seni yang dihasilkan olehnya menggunakan kertas mulberi di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.
Cheng Yen Pheng menemani anaknya, Cahaya Cheng yang melukis di atas kertas mulberi di rumahmua di Batu Arang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.