Affan Fauzi
Aktiviti Riadah Pada Hari Raya Pertama #GengBerayaKL
Seorang ibu membetulkan sampin anaknya sebelum bergambar kenangan sempena hari pertama perayaan Aidilfitri selepas kerajaan tidak membenarkan warga kota pulang ke kampung bagi memendung penularan wabak Covid-19 susulan Perintah Karalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 MEI 2021.
Suasana Pagi Syawal di Luar Perkarangan Masjid Negara
Sebahagian warga kota menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di perkarangan masjid pada pagi 1 Syawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 MEI 2021.
Dilarang Ziarah! Notis Raya Tahun Kedua “Tidak Menerima Tetamu” #PKP
Notis “tidak menerima tetamu” yang diletakkan di pagar hadapan seorang penduduk bagi sambutan Aidilfitri selepas kerajaan melarang ziarah ke rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 MEI 2021.
Suami Pengasuh Liwat Bayi 9 Bulan Hingga Maut Dihadap ke Mahkamah
Anggota polis membawa suspek iaitu suami pengasuh ke mahkamah untuk didakwa atas kes meliwat bayi berusia 9 bulan di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2021.
Sekatan Jalan Raya Ops Covid-19 di Plaza Tol Sungai Besi
Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa surat rentas negeri seorang pemandu semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 MEI 2021.
‘Lemang Daun Lerek’ Juadah Tradisi Musim Perayaan Aidilfitri
Pekerja Lemang Daun Lerek memasukkan lemang yang selesai dimasak kedalam troli untuk eijual kepada orang ramai sempena sambutan Aidlifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi di Greenwood, Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 MEI 2021.
Polis Pantau dan Periksa Penumpang Bas Cuba Rentas Negeri Tanpa Kebenaran
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengatakan sesuatu kepada seorang penumpang semasa meninjau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2021.
Tempahan Baju Raya Ketika Musim PKP
Pekerja Kedai Jahit Saz Fashion, Wan Roslina Wan Derahman yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) bisu dan pekak, tekun menyiapkan tempahan pelbagai jenis baju kurung sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Medan Mara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2021.
KPDNHEP Pelancaran Program Jualan Prihatin Raya
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyerahkan ayam segar kepada kakitangan kementerian ketika melawat gerai jualan pada Program Jualan Prihatin Raya di KPDNHEP, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 07 MEI 2021.
Hari Terakhir Warga KL Berbuka Puasa di Luar #PKP
Gelagat kanak-kanak cilik semasa berbuka puasa pada hari terakhir sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Warong Che Senah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 06 MEI 2021.

















