Thursday, April 25, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Polis, Tentera Perketat Kawalan Kenderaan Rentas Daerah di Kawasan PKP

Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan pemeriksaan kenderaan semasa mengadakan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan 6 Daerah Selangor di Plaza Tol Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 05 MEI 2021.

Aksi Perlawanan Kuala Lumpur City Benam Penang FC 3 – 1

Pemain KL City FC, Paulo Josue meraikan jaringan ketiga pasukan pada perlawanan Liga Super 2021 di antara KL City FC menentang Penang FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2021.

Pelancaran Program Kerjasama Strategik SPRM dan JKKN Tahun 2021

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki (empat kanan) diiringi Ketua Pengarah JKNN, Mesran Mohd Yusop (tiga kiri) bergambar bersama rakan strategik pada Sidang Media Program Kerjasama Strategik JKKN dan SPRM di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2021.

Persiapan Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Farah Aina Yusof melihat pelbagai jenis lampu hiasan warna-warni bagi persiapan sempena hari raya Aidilfitri semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 MEI 2021.

Zuraida Kamaruddin Serah Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan dan NGO

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin beramah mesra dengan bekas atlet kebangsaan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Bekas Atlet Kebangsaan dan NGO dengan kerjasama Perbadanan PR1MA Malaysia dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 MEI 2021.

Liga Super Malaysia : Kuala Lumpur Berjaya Ikat Johor Darul Ta’zim...

Pemain JDT, Gabriel Cabrera (kiri) menanduk bola samba diasak pemain KL City FC, Kamal Azizi pada perlawanan Liga Super 2021 di antara KL City FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

Himpunan Sekretariat Solidariti Rakyat #BukaPuasaBukaParlimen

Peserta Sekretariat Solidariti Rakyat mengaminkan bacaan doa berbuka puasa pada Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen Enam Tuntutan Kepada Kerajaan Perikatan Nasional di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Terbangkan ‘Mangga Harumanis’ Pertama ke Sabah

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bersama Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Group, Tan Sri Tony Fernandes (kiri) dan Pengerusi Eksekutif Airasia Group, Datuk Kamarudin Meranun (kanan) bergambar sambil menunjukkan buah mangga harumanis pada Majlis Flag Off: Airasia Farm Penghantaran Harumanis Ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2, Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2021.

MB Selangor Hadir Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menunjukkan buku Dasar Pendidikan pada Majlis Memeterai Kerjasama Program Pendidikan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Selangor di Astaka Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.

Dunia Anak-Anak Tahfiz ‘Etnik Rohingya’ #Ramadan

Pelajar memakai serban sebelum kelas tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Pinggiran Subang Seksyen U5, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 APRIL 2021.