Muhammad Aizat Zainal
Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram Kecoh di Hadapan Sogo
Beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan pihak polis selepas cuba melakukan provokasi dan menimbulkan kekecohan di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 FEBRUARI 2026.
Operasi AADK Serbu Pusat Hiburan
Penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membuat saringan ujian air kencing kepada pengunjung pada Operasi Pusat Hiburan di sekitar Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 07 FEBRUARI 2026
Program Temu Anwar di TAR UMT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pelajar selepas Sesi Temu Anwar di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 04 FEBRUARI 2026.
BASE Jump Challenge
Aksi berani peserta sukan lasak melakukan terjunan pada hari terakhir 'BASE Jump Challenge 2026' bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ketika tinjauan lensa Malaysiagazette di Tamu Hotel and Suites, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 02 FEBRUARI 2026.
Reaksi Pemimpin PAS Selepas Pemukiman Parti
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika keluar selepas Pemukiman parti PAS secara tertutup sejak Jumaat lalu di Hotel Tenera, Bangi. Foto AIZAT ZAINAL, 01 FEBRUARI 2026.
Anwar Tinjau Persiapan Thaipusam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lawatan persiapan sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Batu Caves, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JANUARI 2026.
Anwar Lancar Dasar Industri Pertahanan Negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melawat reruai pameran selepas Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 21 JANUARI 2026.
Reaksi Ahli-Ahli Parlimen Pada Sidang Dewan Rakyat
Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 JANUARI 2026.
Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia – PAU2025
Barisan Exco Pergerakan Puteri UMNO bersorak pada Persidangan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTCKL, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 15 JANUARI 2026.
Aksi Perlawanan KL City Tewas Di Tangan Penang FC
Pemain KL City FC, Safawi Rasid melepasi pemain Penang FC pada perlawanan Liga Super Malaysia antara KL City menentang Penang FC yang berkesudahan 0 - 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 14 JANUARI 2026.

















