Muhammad Aizat Zainal
Baju Raya Percuma
Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mencuba dan mengambil baju raya percuma di Bazar Ramadan Taman Putra Perdana, Puchong. Foto AIZAT ZAINAL, 04 MAC 2026.
Berbuka Puasa di Stadium Merdeka
Warga kota mengambil peluang berbuka puasa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 28 FEBRUARI 2026.
PM Hadir Majlis Berbuka Puasa Kementerian Luar Negeri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 23 FEBRUARI 2026.
Malam Pertama Solat Tarawih
Jemaah mengambil wuduk sebelum menunaikan solat tarawih pada malam pertama bulan Ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di UIAM Kampus Kuala Lumpur, Jalan Duta. Foto AIZAT ZAINAL, 18 FEBRUARI 2026.
Rezeki #DailyLife
Seorang lelaki mengumpul barangan terpakai untuk dijual sebagai sumber rezeki harian sebelum bermulanya Ramadan ketika tinjauan Lensa Malaysiagazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 18 FEBRUARI 2026.
PM Hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka bergambar kenangan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2026 di Wisma MCA, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 17 FEBRUARI 2026.
Hamzah Bersama Ketua-Ketua Bahagian Bersatu
Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bergambar bersama sebahagian Ahli Parlimen Bersatu serta ketua-ketua bahagian Bersatu pada Taklimat Halatuju dan Reset Politik di Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 14 FEBRUARI 2026.
PM Hadir Sambutan Tahun Baru Cina ACCCIM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra ketika hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina ACCCIM di Sunway Resort Hotel. Foto AIZAT ZAINAL, 11 FEBRUARI 2026.
Bantahan Penduduk Taman Dato Harun
Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Dr Afif Bahardin hadir bersama penduduk Taman Dato Harun membantah pembinaan sebuah rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti melayu di Taman Maju Jaya, Petaling Jaya. Foto AIZAT ZAINAL, 10 FEBRUARI 2026.
Peguam Negara Lawatan Kerja Ke Pelabuhan Klang
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar (dua kanan) mendengar penerangan dari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sesi lawatan kerja ke Tapak Gudang CFS4 di Pelabuhan Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 09 FEBRUARI 2026.

















