Tuesday, May 13, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Aizat Zainal

Muhammad Aizat Zainal

137 Artikel 0 Komen

Wajah Haiwan Peliharaan Cedera #TragediKebakaran

The Vet Alley Animal Clinic USJ21, Dr Nur Alissa Syamira Jahabahali merawat haiwan peliharaan yang cedera dan terkesan akibat tragedi kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putra Heights, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL 3 APRIL 2025.

Reaksi Penduduk Pada Hari Ketiga Tragedi Kebakaran

Sebahagian penduduk dibenarkan pulang untuk memeriksa keadaan rumah dan mengambil barangan keperluan pada hari ketiga tragedi kebakaran saluran paip gas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putra Height, Subang Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 03 APRIL 2025.

Gelagat Pengunjung di KLCC #CutiUmum

Rakyat tempatan tidak melepaskan peluang menyediakan 'servis ambil gambar' dengan berlatarbelakangkan KLCC kepada warga asing pada cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 31 MAC 2025.

Laungan Takbir Malam Raya Anak Jati Kampung Sungai Kandis

Anak jati Kampung Sungai Kandis berarak menziarahi rumah ke rumah sambil melaungkan takbir raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut esok pada Program Bara’an Takbir Malam Raya di Perkarangan Masjid Al-Muhsinin, Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 MAC 2025.

PM Pecah Tanah Pembinaan Masjid Madani

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Madani di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 MAC 2025.

‘Rezeki Di Jalanan’ Abang Minyak Hitam

Pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof Mohamed Noor tekun sewaktu membaiki dan menukar minyak hitam motosikal pelanggan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 26 MAC 2025.

Polis Berjaya Rampas Dadah Dalam Tong Drum

Anggota polis menjaga keselamatan barang rampasan yang mengandungi dadah jenis methampetamine bernilai RM1.62 bilion pada sidang media di Balai Polis Port Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 21 MAC 2025.

Kemahiran Pelajar Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari

Pelajar tahfiz tekun membaca ayat suci Al-Quran bagi mengambil peluang mengimarahkan sambutan Nuzul Al-Quran di Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bestari, Puchong, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL,18 MAC 2025

36 Tahun Berjuang, Empat Filem Seniwati Sarimah Dikembalikan

Seniwati lagenda, Datuk Sarimah Ahmad menarik nafas lega selepas 36 tahun, akhirnya empat filem terbitan syarikat produksinya akan dikembalikan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Subang Jaya, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 14 MAC 2025.

Ismail Sabri Selepas 5 Jam Beri Keterangan SPRM

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambai ketika keluar selepas lebih 5 jam memberi keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 13 MAC 2025.