Muhammad Aizat Zainal
Amanat Onn Hafiz Kepada Jentera #PRNJohor
Menteri Besar Johor yang juga calon BN N.26 Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazali hadir pada Majlis Penyampaian Amanat Kepada Jentera Barisan Nasional Bahagian Batu Pahat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Kampung Mengkudu, Rengit. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JUN 2026.
Zahid Lancar Jentera Barisan Nasional #PRNJohor
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama calon-calon BN serta jentera pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Tanjung Simpang, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2028.
Jentera Barisan Nasional #PRNJohor
Jentera Barisan Nasional dari Parit Yaani dan Parit Raja mengibarkan bendera dengan menaiki bot kecil sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Tanjung Simpang, Batu Pahat. Foto AIZAT ZAINAL, 28 JUN 2028.
Fahmi Fadzil Bantu Kempen Calon PH #PRNJohor
Menteri Komunikasi merangkap Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Datuk Fahmi Fadzi bersama calon PH N.16 Sungai Balang, Soraya Badaruddin menyantuni penduduk setempat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Pasar Awam Parit Jawa, Muar, Johor. Foto MOHD ADZLAN, 28 JUN 2026.
Kembalikan Gajah DAK
Sebahagian NGO hadir bersorak ketika penyerahan memorandum menuntut siasatan berhubung pemindahan tiga gajah tempatan (Dara, Amoi dan Kelat) ke sebuah zoo di Jepun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 JUN 2026.
Solat Jumaat di Outreach Oasis
Jemaah menunaikan menunaikan solat jumaat pertama selepas pembukaannya ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Surau Jumaat Sementara Outreach Oasis Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 19 JUN 2026.
Zahid, Ahli-Ahli MKT UMNO Hadir Bermesyuarat
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 10 JUN 2026.
Wirawati Muda Negara Tamat Latihan PLKN
Reaksi sedih bercampur gembira para pelatih selepas Perbarisan Tamat Latihan Wira Muda Negara Wanita Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri 2/2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kem Kementah, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 08 JUN 2026.
Buku Perang Iran-Israel
Peminat tidak melepaskan peluang mendapatkan buku terbitan baharu karya Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Pelancaran Buku Perang Iran-Israel ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di WTCKL. Foto AIZAT ZAINAL, 07 JUN 2026.
PM Lancar Persidangan Peralihan Tenaga 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat pameran selepas Majlis Peluncuran Persidangan Peralihan Tenaga 2026, turut sama Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 04 JUN 2026.

















