Aqira Azemi
Gerakan Minta Kaji Semula Kenaikan Tarif Elektrik #MGFlash
Kadar kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan akan bermula Julai tahun depan perlu dikaji semula bagi mengelak beban tambahan kepada rakyat dan seterusnya memburukkan lagi keadaan ekonomi negara.
Dekri Adendum Daripada YDPA Memang Wujud – Nizar #MGFlash
Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Muhammad Nizar menegaskan beliau berani kerana benar mengenai wujudnya Dekri Adendum yang dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 bagi membolehkan bapanya menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Pesawat Jeju Air Terhempas #MGFlash
Sebuah pesawat yang bersama 181 orang terhempas di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan pagi ini. Menurut agensi berita Yonhap nahas berlaku ketika ia membawa 175 penumpang dan enam anak kapal.
Lapan Termasuk Tiga Kanak-Kanak Cedera #MGFlash
Lapan mangsa termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah treler di Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing, Johor.
Identiti Kelindan Maut Di KM77.7 Dikenal Pasti #MGFlash
Identiti kelindan yang maut dalam kemalangan selepas lori yang dinaiki bersama dua rakannya terbabas dan melanggar papan tanda di kiri jalan di Kilometer 77.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, petang semalam sudah dikenal pasti.
Peragut Maut Rempuh Pagar Besi PGA #MGFlash
Seorang lelaki yang cuba melarikan diri sebaik meragut beg tangan milik seorang wanita maut, selepas merempuh besi pagar kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batu Kawa, Padawan, Sarawak.
Putin Mohon Maaf #MGFlash
Presiden Russia, Vladimir Putin dilaporkan menghubungi Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev, bagi menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah berhubung kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan, Rabu lalu.
MGNews: Kenaikan Tarif Elektrik Jejaskan Majoriti Rakyat Tidak Dibenarkan – PM...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memahami kos meningkat tetapi kenaikan yang dibuat tidak boleh dilaksanakan kerana ia menjejaskan majoriti rakyat.
MGNews: Kerajaan Pusat Kekalkan Polisi Tidak Wajib Sijil Halal Tetapi Akan...
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menjelaskan pendirian kerajaan mengenai pelaksanaan sijil halal di negara ini walaupun Kelantan mewajibkannya.
MGNews: Desak Hannah Letak Jawatan: Itu Hak PM – Nie Ching
Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata beliau enggan mengulas lanjut perkara yang berlaku dan meminta media merujuk kepada kenyataan yang dibuat Hannah Yeoh semalam.

















