Monday, August 31, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhamad Asyraf

Muhamad Asyraf

836 Artikel 0 Komen

Pembelajaran Bahasa Mandarin, Tamil Di PASTI Boleh Dipertimbangkan – Afnan

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyokong cadangan untuk memperkenalkan bahasa Mandarin dan Tamil di Pasti. Menurut beliau, langkah ini merupakan salah satu usaha penting bagi memperkukuh persefahaman serta menghormati kepelbagaian kaum di negara ini.

Tiada Istilah ‘Abang Long’ Dalam Perikatan Nasional – Afnan Hamimi

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menzahirkan penghargaan atas sokongan Mursyidul Am terhadap pandangan Pemuda PAS berhubung usul agar PAS memimpin Perikatan Nasional. Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tidak wujud istilah ‘Abang Long’ dalam Perikatan Nasional kerana gabungan tersebut bersifat terbuka dan memberi ruang kepada semua parti untuk mengemukakan cadangan.

Pandangan Mengunakan Logo Pas Di Negeri SG4 Boleh Dibincangkan – Afnan...

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, cadangan Mursyidul Am Pas agar menggunakan logo parti itu di negeri SG4 pada pilihan raya akan datang boleh dipertimbangkan. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa buat masa ini negeri-negeri dalam kelompok SG4 masih menggunakan logo Perikatan Nasional.

Kerjasama Pas Dengan Waytha, Ramasamy Bincang Isu Semasa, Bukan Politik –...

Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya, berkata kerjasama dengan P. Waytha Moorthy (MAP) dan P. Ramasamy (Urimai) tidak melibatkan ikatan politik formal, sebaliknya hanya tertumpu kepada isu rakyat serta tidak menjejaskan prinsip dan kedudukan PAS dalam PN.

Saya Pun Boleh Jadi PM | Mohd Amar Bergurau Sambil Tegaskan...

Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Mohd Amar Abdullah menegaskan tiada keperluan untuk menamakan calon Perdana Menteri daripada Pas ketika ini kerana kuasa pelantikan terletak pada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Pas Yakin Mampu Raih 80 Kerusi Parlimen Pada PRU-16 – Mohd...

Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Mohd Amar Abdullah yakin parti itu berupaya memenangi 80 kerusi Parlimen pada PRU-16. Beliau turut menjangkakan pilihan raya akan berlangsung tahun depan, sekali gus menggesa jentera khususnya muslimat Pas memperkukuh strategi kerana pengundi wanita melebihi 50 peratus dan menjadi penentu utama kemenangan.

Calon Perdana Menteri Perlulah Berpandukan Prinsip Dan Sistem Islam – Hashim...

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegaskan pemilihan Perdana Menteri mesti berpandukan prinsip Islam, dinilai mengikut syarat syarak agar membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada umat.

Jawatan PM: Saya Orang Tua Bukan Ada Kepentingan Sebab Itu Saya...

Datuk Hashim Jasin,Mursyidul Am Pas berkata Pas menegaskan keputusan dasar dalam PN mesti dibuat secara rundingan bersama. Dengan sokongan anak muda, muslimat dan jentera yang semakin bersiap sedia, PAS yakin mampu meraih kemenangan lebih besar pada pilihan raya akan datang.

Tuan Ibrahim Tuan Man Pilihan Pemuda Pas Untuk Jawatan Perdana Menteri

Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi mencadangkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama dua Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Idris Ahmad sebagai calon Perdana Menteri, berikutan pengalaman luas mereka dalam pentadbiran negeri dan negara.

Inilah Masanya Pas Perlu Memimpin Perikatan Nasional – Pemuda Pas

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Nadzir Helmi, mewakili sayap Pemuda PAS telah membentangkan usul agar Pas untuk menerajui kepimpinan Perikatan Nasional sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66.