Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Mohd Amar Abdullah yakin parti itu berupaya memenangi 80 kerusi Parlimen pada PRU-16. Beliau turut menjangkakan pilihan raya akan berlangsung tahun depan, sekali gus menggesa jentera khususnya muslimat Pas memperkukuh strategi kerana pengundi wanita melebihi 50 peratus dan menjadi penentu utama kemenangan.















