Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden menzahirkan penghargaan atas sokongan Mursyidul Am terhadap pandangan Pemuda PAS berhubung usul agar PAS memimpin Perikatan Nasional. Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tidak wujud istilah ‘Abang Long’ dalam Perikatan Nasional kerana gabungan tersebut bersifat terbuka dan memberi ruang kepada semua parti untuk mengemukakan cadangan.















