Bernama
GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah
Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat serta bacaan doa Qunut Nazilah, bagi mendoakan keselamatan 175 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa.
Tujuh kelab Liga-M lengkapkan dokumentasi lesen AFC, kebangsaan – FIB
Pengerusi First Instance Body (FIB) Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata proses penyerahan dokumen bagi beberapa kelab lain telah diterima dan disemak, namun terdapat keperluan lanjutan masa bagi melengkapkan keperluan dokumentasi seperti ditetapkan di bawah kriteria pelesenan.
PM seru majikan lebih prihatin, ihsan nasib pekerja
"Kita mahu di negara ini bersih, maka tukang sapu sampah dan tukang cuci berkorban. Jadi, boleh tidak kita renungkan, ketuk pintu hati dan tanya apakah mereka ini diberi perhatian dan keadilan secukupnya?," kata Perdana Menteri.
Kerajaan perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin, bantu ibu selepas lahirkan anak...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu diperkenalkan susulan dapatan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh dalam kalangan wanita, khususnya berumur antara 25 hingga 39 tahun, menunjukkan sedikit penurunan, antaranya disebabkan komitmen materniti.
PM umum PACE bernilai lebih RM710 juta, perkukuh pasaran buruh negara
Perdana Menteri turut mengumumkan akan membuat pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, bagi memperluas perlindungan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, bermula dengan pekerja rentas sempadan Malaysia-Singapura.
Demensia cabaran serius, Malaysia perlu segerakan pelan tindakan nasional
Malaysia kini berhadapan cabaran kesihatan awam apabila kira-kira 10 peratus rakyat berusia 60 tahun ke atas menghidap demensia, menurut Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025.
GSF: Kapal Tam Tam dirosakkan Israel, semua aktivis selamat
“SNCC mengesahkan Thiago Avila dan Saif Abukeshek antara Steering Committee GSF yang turut dipintas dalam satu tindakan yang bersifat ugutan serta bertujuan melumpuhkan keseluruhan misi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi SNCC.
500 polis kawal Rain Rave Water Music Festival 2026
“Setakat ini, kehadiran pengunjung dianggarkan 7,000 orang dan kita menjangkakan angka ini akan melepasi 10,000 menjelang 12 tengah malam nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Satu daripada 22 kapal GSF dipintas Israel berjaya dihubungi – Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kapal dikenali sebagai "TamTam" itu sebelum ini terputus hubungan selama lebih 10 jam selepas alat komunikasi dan enjinnya disabotaj.
Gangguan seksual: Ebit Lew diarah bela diri atas 11 pertuduhan
Ebit Lew didakwa melakukan kesemua kesalahan itu termasuk mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

















