Suasana pada Program Rain, Rave, Water, Music Festival di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 APRIL 2026.

KUALA LUMPUR – Pengunjung Festival Muzik Air Rain Rave 2026 dari hari ini hingga Sabtu di Bukit Bintang diminta mematuhi undang-undang serta tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan gejala tidak bermoral.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pengunjung diingatkan memberikan kerjasama sepenuhnya dan tidak membawa sebarang barang larangan yang menyalahi undang-undang.

Fadil berkata 500 pegawai serta anggota termasuk bantuan daripada Bukit Aman dan seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur ditempatkan di pelbagai lokasi strategik bagi mengawal ketenteraman awam serta memastikan kelancaran festival itu.

“Setakat ini, kehadiran pengunjung dianggarkan 7,000 orang dan kita menjangkakan angka ini akan melepasi 10,000 menjelang 12 tengah malam nanti,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Suasana pada Program Rain, Rave, Water, Music Festival di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 30 APRIL 2026.

Fadil menasihatkan orang awam merancang perjalanan berikutan penutupan beberapa jalan di sekitar lokasi acara dan meminta semua pihak menjaga keselamatan semasa berkunjung ke situ.

— BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Rain Rave Water Music Festival buka ruang kelakuan tak bermoral -MAIWP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast