Bernama
Kesediaan kaji cadangan status bebas cukai Langkawi tunjuk keprihatinan kerajaan – PPIPL
Pengerusi Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi (PPIPL), Raseli Yahya yang menyambut baik perkara itu berkata ia memberi isyarat positif bahawa kerajaan komited dalam memastikan pulau itu kekal sebagai destinasi pelancongan utama negara.
Mat Rempit sanggup lawan arus elak kepungan polis
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata perbuatan itu dikesan sepanjang Ops Mabuk dan Ops Samseng Jalanan yang bermula dari 10 malam semalam hingga 7 pagi tadi, membabitkan 102 pegawai dan anggota polis.
Korea Selatan kecam pelancaran peluru berpandu Korea Utara
Ia menyuarakan kebimbangan terhadap pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara yang semakin kerap berlaku, selain menegaskan tindakan berkenaan jelas melanggar resolusi UNSC.
9,007 penduduk terjejas akibat kebakaran di Sandakan – Polis
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 1.30 pagi, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 4 pagi.
Penangguhan mengejut Sidang DUN Perlis cetus spekulasi
“Dalam politik, apabila sidang (DUN) ditangguh tanpa justifikasi jelas, ia mudah ditafsirkan sebagai tanda ketidakstabilan atau kegoyahan pentadbiran. Jika PAS atau mana-mana pihak dilihat mempunyai kekuatan untuk membawa usul sedemikian, maka persepsi bahawa MB (Menteri Besar) bimbang kehilangan sokongan pasti timbul,” katanya kepada Bernama.
JKR diarah laksana siasatan terperinci runtuhan tembok di TTDI
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata JKR juga diarahkan untuk menilai tahap integriti struktur di kawasan terlibat dan mengesyorkan langkah mitigasi tambahan tanpa kompromi.
Selat Hormuz kembali ke situasi sebelum ini, di bawah kawalan tentera...
Sehingga AS "memulihkan kebebasan penuh pergerakan bagi kapal yang melakukan perjalanan ke dan dari Iran, keadaan di Selat Hormuz akan kekal dikawal ketat dan tidak berubah," menurut IRGC.
Kes rasuah gelanggang skuasy: KBS serah sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pihaknya juga sentiasa terbuka dan bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes itu.
Polis siasat individu disyaki buat kenyataan fitnah terhadap MAIS
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata tindakan itu susulan laporan diterima pihaknya pada Khamis lepas yang mendakwa kandungan berkenaan dibuat bagi menjejaskan imej MAIS dan JAIS.
KBS perkasa agensi anti-doping Malaysia hadapi Sukan SEA 2027
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata Malaysia dijangka menjadi tuan rumah Sukan SEA pertama yang akan mengguna pakai Kod Anti-Doping Dunia.

















