Bernama
Hina nabi serta kematian Adib, penjaja dipenjara 30 bulan
Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, selepas dia mengaku bersalah ke atas kelapan-lapan pertuduhan yang dihadapinya pada 18 Jun lepas dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.
MITI sambut baik tiada langkah pencukaian baharu
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyambut baik kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam mengenai tiada langkah pencukaian baharu dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan.
Isu tulisan khat : Hanya tekap, sambung titik, tiru semula sahaja
Hanya itu yang perlu dilakukan oleh murid Tahun Empat termasuk di SJK Cina dan Tamil apabila tulisan khat diperkenalkan sebagai antara kandungan subjek Bahasa Melayu tahun depan.
Ringgit dibuka lebih rendah
Pada 9.02 pagi, ringgit berada di paras 4.1870/1900 daripada 4.1770/1800 sewaktu ditutup semalam.
Bursa jatuh daripada paras 1,600 mata ketika dibuka
Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 18.37 mata kepada 1,592.04 selepas dibuka susut 17.57 mata kepada 1,592.84.
Pengumuman penutupan siaran TV analog secara berperingkat petang ini
Pemilihan Langkawi sebagai kawasan rintis bagi permulaan penutupan siaran TV analog dibuat memandangkan Langkawi telah mempunyai ekosistem TV digital yang mantap, di mana liputan siaran TV Digital adalah menyeluruh, di samping penyelesaian pengagihan dekoder percuma kepada isi rumah Bantuan Sara Hidup (BSH).
Siti Safiyah akhiri penantian 10 tahun
Siti Safiyah merampas semula kejuaraan terbuka wanita buat kali kedua pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di sini, malam tadi.
Remaja Ireland hilang: Polis nafi kes culik
Polis hari ini menafikan kes kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, sejak pagi semalam di resort The Dusun, merupakan satu kes penculikan seperti dilaporkan media asing.
Remaja Ireland hilang: SAR Unit Udara PDRM diperluas
Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang, telah meliputi kawasan Gunung Berembun, di sini.
Perbicaraan kes 1MDB babit Najib bermula 19 Ogos
Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bermula pada 19 Ogos.