Bernama
Pihak berkuasa Israel terus tutup masjid Al-Aqsa masuk hari ke-16 berturut-turut
Buat pertama kali sejak 1967, jemaah dilarang daripada menunaikan solat di Al-Aqsa semasa hari-hari terakhir bulan suci Ramadan.
700 kenderaan terpakai musnah dalam kebakaran stor di Tuaran
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kebakaran di premis milik sebuah syarikat itu dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan berhampiran yang merebak dengan pantas ke stor berkenaan.
Cuti tambahan Aidilfitri: Kesuma galakkan majikan beri kelonggaran kepada pekerja
Kesuma menyeru agar majikan mempertimbangkan pemberian cuti itu kepada pekerja sebagai sebahagian daripada amalan pekerjaan yang prihatin dan menyokong keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.
Konflik Asia Barat: Agensi umrah diseru bersikap fleksibel bantu jemaah tangguh...
Presiden MYTRA Muhammad Syazri Afiq Rosli berkata meskipun operasi umrah ketika ini berjalan seperti biasa tanpa sebarang arahan penangguhan rasmi, pihak industri sentiasa memantau perkembangan semasa dan bersedia mempertimbangkan pertukaran tarikh perjalanan berdasarkan permintaan jemaah.
Pemandu treler positif dadah ditahan rempuh tiga kenderaan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata lelaki tempatan berusia 28 tahun berkenaan ditahan selepas kemalangan itu dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.
Kerajaan peruntuk RM2 bilion sebulan kekalkan RON95 pada RM1.99 – PM
Beliau berkata pengekalan harga itu dijangka melibatkan subsidi keseluruhan RM24 bilion setahun yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban susulan peningkatan harga minyak dunia ketika ini.
Rumah Putih dakwa serangan AS-Israel ke atas Iran hasilkan `keputusan besar’
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform X, pentadbiran itu menyatakan kapasiti peluru berpandu balistik Iran telah “dimusnahkan secara berkesan”, manakala tentera laut negara itu dinilai sebagai “tidak lagi mempunyai keupayaan tempur yang berkesan”.
Mekanik rugi hampir RM250,000 terperdaya skim pelaburan tak wujud
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 64 tahun itu pada awalnya menerima mesej daripada individu tidak dikenali, yang kemudiannya telah diyakinkan untuk membuat beberapa transaksi deposit wang ke akaun bank yang diberikan oleh suspek bagi tujuan pelaburan itu.
Jangan kelirukan rakyat, negara masih teguh hadapi cabaran krisis Asia Barat...
Justeru, katanya, orang ramai tidak seharusnya dikelirukan dengan dakwaan bahawa kerajaan tidak membuat persediaan sewajarnya atau menjadikan isu berkenaan sebagai bahan politik.
191,832 penagih dadah direkodkan tahun lepas, turun 0.5 peratus – AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata angka berkenaan menunjukkan penurunan kira-kira 0.5 peratus, namun penyalahgunaan bahan terlarang itu masih melibatkan pelbagai peringkat umur.

















