Bernama
Ceroboh kuil di Rawang bukan isu perkauman, agama – Polis
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengaitkan insiden meroboh sebuah kuil di Rawang pada Rabu lepas sebagai konflik perkauman dan agama, sebaliknya kejadian itu berkait dengan isu pencerobohan serta keengganan berpindah dari tanah bukan hak milik.
Polis patahkan penyeludupan migran, tahan 6 individu
Polis berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan migran dengan penahanan 36 individu termasuk dua dalang dalam serbuan di dua lokasi berasingan sekitar Selekoh, Bagan Datuk.
Kerajaan jamin pantau ajaran sesat, menyeleweng
pihak berautoriti bersama-sama agensi berkaitan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa bagi memastikan sebarang penyebaran ajaran yang bercanggah dengan al-Quran dan sunah dapat ditangani segera.
MOT selaras semula jadual tren antara Seremban ke KL
Memang sekarang ini perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur ada tergendala. Saya tahu ramai warga Seremban mengadu tempoh komuter antara Seremban ke Kuala Lumpur lebih satu jam 45 minit dan kadang-kadang mengambil masa dua jam.
Warga emas maut dalam perjalanan ke surau untuk solat subuh
Minah Abu Bakar, 73, yang berjalan kaki dari kediamannya di Kampung Panji, Merbau Patah menghala ke Surau Haji Ahmad telah melintas masuk ke laluan penunggang motosikal yang datang dari arah Alur Limbat, Marang, menghala ke Batu Enam untuk mengambil pesanan makanan.
Bursa kekal stabil dalam minggu dagangan singkat
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata, Bursa Malaysia dijangka bergerak mendatar dalam julat dagangan yang terhad minggu depan mencerminkan tempoh dagangan yang lebih singkat serta penyusutan kecairan serantau susulan cuti Tahun Baharu Cina.
Sabah warta lebih 200,000 hektar tanah kawasan perlindungan sepenuhnya
“Pencapaian ini bukan sahaja membolehkan sasaran 30 peratus kawasan TPA dicapai, malah meningkatkan imej Sabah sebagai negeri yang mempunyai keluasan TPA terbesar di Malaysia,” katanya.
Ringgit diniagakan tinggi minggu depan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan kini berlegar sekitar RM3.90 berbanding dolar AS, namun berpotensi menguji paras rintangan serta-merta pada RM3.87 minggu depan.
Bersatu larang ahli sertai perhimpunan anjuran individu dipecat
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata menjadi satu kesalahan bagi mana-mana ahli yang bersekongkol dengan individu atau pihak yang bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti serta mengeluarkan kata-kata kesat yang mencemarkan nama baik dan maruah parti.
Syed Shah Iqmal dilepas sementara dengan jaminan sehingga rayuan didengar
Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan sementara pendakwah selebriti Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita.

















