Bernama
Polis Perak tahan Exco didakwa rogol pembantu rumah
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid berkata, anggota Exco berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan lanjut.
Nasib exco didakwa merogol ditentukan setelah siasatan selesai
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan berkenaan dan meminta semua pihak, supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus serta profesional.
PM gembira ‘Raja Gigi’ cadang tarik pesawat guna gigi
“Saya bertemu dengan Encik Rathakrishnan petang tadi. Beliau memberitahu saya tentang rancangannya untuk menarik pesawat Airbus A380 milik Malaysia Airlines menggunakan gigi pada April 2020 nanti di KLIA,” katanya.
Istiadat pelantikan dan angkat sumpah Exco Perak tangguh
Menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak, istiadat tersebut yang sepatutnya berlangsung pada pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Tan Sri Chai tandatangani surat rayuan kepada Ku Nan – saksi
"Saya sahkan, saya telah menurunkan tandatangan saya sendiri pada surat ini sebagai pegawai khas teknikal DBKL kepada Menteri Wilayah Persekutuan (Tengku Adnan)," kata Mohd Yushanizar.
Polis terima laporan exco kerajaan Perak disyaki rogol pembantu rumah
“Kita (polis) masih menyiasat laporan itu dan akan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak,” kata Choo Lily.
UMNO dalam proses lepaskan beberapa pegangan saham – Annuar
- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu sedang dalam proses melepaskan pegangan saham dalam beberapa syarikat.
Perancang utama bakar kereta Mufti Perlis disambung reman
Tempoh reman seorang duda yang merupakan suspek terakhir dalam kes membakar kenderaan rasmi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disambung dua hari lagi, esok dan Khamis ini, selepas tempoh asal selama empat hari berakhir hari ini.
ADUN Sungai Rambai dan bekas kerani mengaku tidak bersalah atas tuduhan...
Tertuduh, Datuk Hasan Abd. Rahman, 57, dan Khuzaimah Abdullah, 34, yang masing-masing dihadapkan dengan 34 pertuduhan membuat pengakuan itu sejurus dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.
Pengurusan kes tuntutan hutang LHDN Najib ditetapkan 25 Julai
Tuntutan kerajaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion yang masih terhutang kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017 telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 25 Julai.

















