Bernama
Kerajaan cari punca sebenar kematian Orang Asli – PM
Ya kita sedang mencari sebab kenapa mereka meninggal dunia dengan begitu ramai. - Tun Dr. Mahathir Mohamad.
PTP catat rekod dunia pelepasan kapal dengan muatan lebih 19,000 TEU
Kejayaan penting itu dicapai baru-baru ini apabila kapal Monaco Maersk berlepas dari pelabuhan dengan rekod muatan sebanyak 19,284 TEU, mengatasi rekod muatan 19,190 TEU dicatatkan kapal MOL Tribune pada Februari tahun ini.
Unit khas KKMM fokus bantu OKU manfaat teknologi – Gobind
Saya nak melihat masa depan Malaysia di mana semua rakyat ada akses kepada internet. - Gobind Singh Deo.
CEO Malaysia positif prospek pertumbuhan syarikat
Laporan itu menyimpulkan bahawa ketua pegawai eksekutif menumpukan untuk membina daya tahan organisasi yang diperlukan bagi menangani gangguan dan mengekalkan momentum pertumbuhan.
Panik, tertekan, takut punca Orang Asli tidak lapor kematian
Apa yang berlaku di Kuala Koh ini ada satu hari dua kematian, jadi kedudukan pula jauh, lepas itu mereka panik dan takut dengan penyakit jadi mereka percaya lagi lama mayat disimpan penyakit itu akan merebak. Itu menyebabkan mereka cepat-cepat kebumi.
Tak pernah terfikir jadi Ketua Polis Negara – Abdul Hamid
Beliau berkata, sejak persaraannya pada 2016 itu, beliau banyak mendengar suara sumbang berhubung dengan hala tuju serta prestasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan di situ terbentuk satu tekad dalam dirinya bahawa alangkah indahnya kalau beliau sendiri yang menerajui PDRM dengan maklumat balas yang diterima itu.
Gaji anggota polis berpangkat rendah diberi keutamaan
Gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada Sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar-bandar besar.
Jangan tamak sehingga ambil rasuah- PM
Penjawat awam perlu menahan diri daripada berasa tamak sehingga melakukan rasuah, sabar supaya tidak cepat marah apabila berurusan dengan rakyat dan melaksanakan tugas dengan sepenuh hati kerana ia satu amanah
Penjawat awam perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah – Dr...
Penjawat awam di negara ini perlu bebas daripada terikat dengan parti pemerintah dan menjalankan tugas mereka dengan berkecuali
Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai
Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa dokumen yang masih belum lengkap.

















