Bernama
Ziarah MADANI cermin keprihatinan kerajaan kepada rakyat pelbagai kaum
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata inisiatif itu juga sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati masyarakat dan mendengar sendiri permasalahan rakyat daripada peringkat akar umbi.
Bursa dijangka pada julat 1,730 hingga 1,760
FBM KLCI memulakan minggu hadapan dengan kecenderungan teknikal yang positif, disokong oleh kedudukannya yang melebihi purata pergerakan 50 hari, 100 hari dan 200 hari.
Ringgit diunjur terus mengukuh pada julat 3.93-3.96 berbanding dolar AS minggu...
Awal minggu ini, ringgit mengukuh dan melepasi paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS dan meneruskan peningkatan yang bermula seminggu sebelumnya, sekali gus memaparkan pemulihan sentimen terhadap asas-asas ekonomi negara dan kestabilan politik.
APMM pintas bot pom pom, tahan 80 pendatang tanpa izin
Timbalan Pengarah Operasi APMM Selangor Kapten Maritim Mohd Fairusnizam Abdul Razak berkata bot itu ditahan kira-kira 3.30 pagi berdasarkan hasil risikan menerusi Op Ehsan dan Op Tanjung 2 Siri 1/2026.
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata pihaknya percaya suspek termasuk ketua kumpulan itu meninggalkan negara menggunakan lorong tikus.
Kerajaan setuju cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam selepas penelitian menyeluruh dibuat terhadap input dasar, pandangan awam serta syor yang dikemukakan menerusi sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
TFC enggan beri laluan mudah kepada Skuad The Red Giants
Tengku Hazman berkata beliau tetap percaya dengan kemampuan anak buahnya yang mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia baru-baru ini.
UPSI tubuh Galeri Razak Sensei, rakyat Malaysia terselamat tragedi bom atom...
Razak Sensei atau Datuk Abdul Razak Abdul Hamid ialah rakyat Malaysia tunggal yang terselamat dalam kejadian pengeboman bom atom di Hiroshima pada 1945 dan antara pelajar awal Sultan Idris Training College (SITC) yang menjadi asas penubuhan UPSI.
PDRM ikat The City Boys 1-1
PDRM FC terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1 menentang KL City FC dalam perlawanan Liga Super berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mayat wanita berusia 41 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya itu ditemukan kira-kira 12.30 tengah malam tadi selepas polis bersama ahli keluarga mangsa dan pemilik rumah menyerbu kediaman yang disewa mangsa.

















